Thursday, January 23, 2014

Percutian musim sejuk ke China - Day 5 (Zhangjiajie)

Hari ke 5 kami masih di zhangjiajie
di pagi yang dingin kami dibawa melawat ke dragon cave, the gate to the centre of the earth
gua terpanjang di asia yang berkeluasan 100,000 meter persegi
gua batu kapur yang dijumpai oleh penduduk kampung pada tahun 1983 dan setahun kemudian dibuka kepada umum dan menjadi tarikan pelancung ke daerah ini
menaiki bas menuju ke ten mile gallery, is a ten miles long canyon gorge, shed a creek, the natural landscape of huge picture gallery
ten mile gallery terletak di kaki gunung tianzi

happy...
menaiki tren sambil menikmati panaroma di sini

malamnya kami dibawa menikmati pertunjukan 'zhangjiajie charming western hunan', satu pertunjukan kebudayaan yang cukup menakjubkan. Dewan penuh sesak dengan penonton
show ini sebenarnya tidak termasuk dalam itinerary asal kami...pada mulanya kami merasakan kami dipaksa oleh tour guide untuk pergi ke show ini. Harga tiket yang ditawarkan kepada kami Y320 (RM160), dan kebanyakan dari kami tidak membawa wang tunai (RMB) yang lebih. Memang kami dah biasa dengar yang tour guide 'sembelih' pelancung2 yang dibawa oleh mereka. Kami pasti tour guide ini mendapat komisyen bila membawa penonton untuk menyaksikan pertunjukan ini
memang ramai yang agak keberatan untuk ke show ini. Beberapa hari sebelum show ini, boss (mr chong) menyarankan agar kami semua pergi agar tidak timbul rasa tidak puas hati di pihak tour guide yang agak mendesak. Ya lah kami bimbang juga kalau dia buat tak layan kami selepas ni. Setelah berbincang kami bersetuju membeli tiket VIP dengan harga Y398 (RM200) dan boss juga bersetuju untuk subsidized separuh dari harga tiket kami. Boss membayar menggunakan credit card dan kami boleh membayar balik selepas balik ke malaysia. Bila melangkah masuk ke dewan ini kami merasa cukup terpegun dan cukup teruja dengan suasana yang sungguh menarik
show bermula...muzik, gendang serta gerakan yang cukup mengasyikkan. Pentas pula cukup menarik dengan 'props' dan lampu yang berwarna-warni 
show ini menceritakan kebudayaan dan sejarah penduduk asal di sini. Untuk memudahkan penonton yang terdiri dari pelbagai bangsa memahami mereka menyediakan skrin untuk 'sub title' dalam bahasa ingggeris, korea dan thai (kalau tak silap)...
segalanya ada...tarian, nyanyian dan akrobatik...best sangat
sungguh cekap mereka melakukan persembahan...tabik la kat diorang ni
lepas satu jam show di dalam dewan kami beredar keluar untuk show terbuka pula. Pertunjukan di luar lebih kepada 'martial arts'. Ada menunjukkan kekuatan berjalan di atas bara api, berjalan di atas mata pedang yang tajam. Ada juga menunjukkan kekebalan dihimpit oleh kepingan2 blok konkrit...macam2...
suasana di luar cukup sejuk, tapi para peserta untuk show bertahan dengan kostum tradisional mereka...ada yang tidak berbaju juga

Kami semua merasa cukup puas hati dengan show ini...tidak langsung merasa rugi dengan bayaran tiket VIP kerana dapat tengok dengan jelas. Kami pulang dengan gembira dan terhibur.

No comments:

Post a Comment