Monday, October 22, 2012

Gastrik oh gastrik...

Sudah agak lama aku tidak diserang gastrik. Kali terakhir pada awal tahun lalu. Pada masa tu ia menyerang ketika aku di ofis. Nasib baik lah aku dah stand by bam minyak serai ku. Malam tadi ia menyerang lagi...Ketika aku sedang berkemas didapur ia mula menyerang dan aku terus berlari mendapatkan bam dan terus menyapu ke perutku. Aku tak pasti kak timah, azirah, azril dan kak om sedar tak keadaan aku ketika itu. Masa tu kesakitan kian menyucuk di segenap perutku. Tak dapat berbuat apa2 lagi selain dari berbaring. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan...serba tak kena...Bam minyak serai keluaran hj sharif menjadi penyelamatku. Aku tidak memerlukan pil2 lain lagi...Bam ini ku bawa ke mana saja aku pergi...


Beberapa minit selepas menyapu bam ini, kita merasa panas dan berangin. Kemudian berpeluh2...Lepas tu akan rasa nak muntah dan kentut. Lepas muntah dan berak kita akan merasa lega...

Aku tak pastilah kenapa aku diserang gastrik, nak kata perut kosong tak mungkin sebab perut penuh giler dek makan kenduri di kelang tadi. Makan sampai dua kali...Mungkin juga terlebih makan...Dulu pernah check up dengan doktor. Doktor tu kata gastrik boleh disebabkan oleh perut kosong atau stress. Sesetengah makanan juga boleh menyebabkan gastrik. Doktor kata elakkan makan jambu dan nenas...entahlah...

Sambut menantu

Semalam merupakan hari bersejarah dan berbahagia buat Pak Su Hj Hamid dengan Mak Su Hjh Kalthom kerana selamat melangsungkan majlis resepsi serta mengalu-alukan kedatangan menantu pertama dalam keluarga mereka. Khairil Nizam selamat diijabkabulkan dengan Noraini yang dilansungkan di kampung halaman pengantin perempuan di Pasir Mas Kelantan pada minggu sebelumnya.

Majlis resepsi di adakan di Dewan Serbaguna Bukit Tinggi Kelang. Gambar2 kenangan diabadikan untuk tatapan kita semua.

Paksu dan maksu gembira menyambut menantu
majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak menakan
bersama puteri tunggal, khairul afza, dua dari kanan
ketibaan pengantin yang dinanti
Selamat Pengantin Baru buat Khairil Nizam dan Noraini. Moga kekal bahagia hingga akhir hayat...

Thursday, October 11, 2012

Bila bonda bertandang...

Hari sabtu lepas bonda datang bersama kak midah yang datang ke kl menemani ridzwan yang menduduki peperiksaan bagi pengesahan jawatannya. Gembiranya aku menyambut kedatangan mereka lebih2 lagi melihat keadaan bonda yang sihat dan ceria. Bukan main bersemangat lagi bonda datang dengan menaiki bas. Malam tu kami makan masakan thai di AU3. Kesian melihat bonda yang keletihan selepas solat isya' diajak keluar makan, tapi bonda happy je...sedap jugak la makan kat gerai yang azril rekomen tu...habis licin kami makan...zaidi yang paling berselera makan...lapar sangat kot...

Pagi hari minggu tu, lepas solat subuh aku sambung tidur balik. Sedapnya layan tidur di hujung minggu maklumlah di sepanjang minggu kena bangun awal untuk pergi kerja. Kat ofis pulak kerja banyak. Projek banyak dari peringkat submission, tender & construction stage yang semuanya ada cabaran tersendiri. Setiap hari masuk kerja aku perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Bila dah fokus kat kerja semua hal peribadi tolak tepi. Kerja harus dibereskan secepat mungkin. Memang meletihkan...

Lepas mandi aku turun untuk melihat apa yang perlu disediakan untuk sarapan pagi. Aku lihat semua ayam, daging, ikan dan udang dah dikeluarkan dari peti sejuk. Mungkin kak om yang keluarkan...Sebahagiannya dibeli oleh azril di pasar tani semalam. Aku lihat ada mee kuning dan sayur sawi dan bayam juga. Nak masak mee goreng rasa macam kering sangat pulak, lagipun dah bosan makan mee goreng...masak mee yang berkuah aje lah...Sekarang ni aku memang ketagih makan mee yang berkuah sos lada hitam...aku tak berapa suka kuah yang pekat dan lebih suka kuah yang cair macam sup...aku dapat idea bila selalu dok search kat internet...aku beger2 la sikit...aku tak tau nak panggil mee apa sebenarnya...aku panggil je mee sup ladna...ada la sikit macam mee ladna kot...hihi...dan aku ingin berkongsi resepi...inilah dia....


Mee sup ladna
Bahan-bahan
• sebungkus mee kuning
• 3 ulas bawang putih - cincang halus
• 1/2 in halia- cincang halus
• 5 biji cendawan shitake kering (rendam seketika dan potong)
• 100gm daging
• sedikit udang
• sepaket bebola ikan
• seikat sayur sawi
• 3 biji cili kering- gunting seinci
• 3 sudu sos lada hitam
• sedikit kiub ayam
• garam- secukup rasa
• sedikit minyak utk menumis

Cara-cara memasak 
1. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan daging yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan 4 cawan air.
4. Masukkan sos lada hitam, garam dan kiub ayam.
5. Masukkan bebola ikan dan udang.
6. Masukkan cendawan dan cili kering. Biarkan mendidih.
7. Masukkan sayur sawi. Kemudian masukkan mee
8. Gaul dan biarkan sebentar. Kemudian hidangkan panas2.

Kak om dengan azril memang la berselera makan. Bonda dan kak midah pun ok je...ridzwan ngan zaidi je nampak macam kurang berselera...mungkin tak biasa makan mee yang berkuah untuk sarapan pagi....

Lepas sarapan pagi azril tolong cek flight ticket untuk bonda, kak midah & wan balik kedah. Dari firefly, air asia hingga mas...nak beli online pulak ada problem bila nak print out....selepas dipersetujui oleh kak midah yang prefer nak naik mas, kami pergi je ke kaunter mas kat kl central, order online melalui i-pad yang disediakan di situ dan terus bayar kat kaunter. Beli tiket online lebih murah dari beli kat kaunter...untuk tiket satu hala dari klia ke alor setar RM197 harga online berbanding RM227 kalau beli di kaunter...

Esoknya, seawal 6:25 pagi aku terpaksa keluar ke tempat kerja...tak mahu keluar lambat bimbang terperangkap dalam kesesakan jalanraya yang semakin hari semakin menyesakkan...selepas bersalaman dan peluk cium bonda dan kak midah aku minta diri...maaf kerana tidak dapat bersama2 kalian...hari tu kak om dan azril ambil cuti dan mereka membantu menghantar wan ke sapura @ mines untuk menduduki examnya. Semoga berjaya ya wan...

Tengahari tu juga abang am sampai untuk menghadiri majlis konvokesyen di universiti islam antarabangsa...anakandanya yang ketiga, ahmad syafiq menerima degree in economic...tahniah syafiq atas usaha serta penat lelah selama ini...

Bonda, kak midah dan wan balik ke alor setar dengan penerbangan pukul 7:55 malam. Selamat jalan dan semoga berjumpa lagi....