Sunday, March 8, 2015

Cara Baiki Mesin Basuh LG

Sejak 3 minggu lalu mesin basuhku (LG Model WF-F711PC  - fully auto) dah mula buat perangai. Awalnya dia masih boleh "wash" dan "rinse". Sesekali "spin" boleh berfungsi sesekali tak boleh. Usia mesin dah masuk 12 tahun dah.


Bila ON dia akan scan muatan basuhan samada small, medium, large atau extra large. Biasanya basuhanku tak pernah melebihi takat large. Tapi bila dia dah start buat perangai, setiap kali dia akan terus scan tahap basuhan pada extra large walaupun hanya beberapa helai kain yang dimasukkan.

Sejak seminggu lalu mesin sudah tidak berfungsi lagi. Aku dah google dan cuba mencari sebab2 yang mungkin menyebabkan mesin gagal berfungsi. Aku cuba DIY dengan membuka bahagian belakang mesin. Namun aku langsung tak ada idea apa yang tak kena. Aku cuba goyang kabel2, mana tau kalau ada yang longgar.

Aku cuba mengeluarkan satu komponen yang aku rasa ianya adalah kapasitor. Aku tahu pasal benda ni pun dari internet. Sikit sebanyak tahu jugaklah komponen2 yang terdapat dalam mesin basuh.


Aku dapat mengagak yang kapasitor yang menyebabkan mesin gagal berfungsi bila aku dapati kapasitor yang bentuknya macam bateri bersaiz 3" x 1.5" diameter kelihatan sedikit berair. Dah memang kena panggil tukang repair lah jawapnya.


Tukang repair bernama reduwan aku perolehi dari facebook melalui fan page Membaiki Mesin Basuh. Cepat saja dia respon setelah aku menghantar pesanan whatsapp. Dia buat servis terus kat rumah. Kerja ni dia buat part time je...

Memang betul tekaanku kapasitor gagal berfungsi bila reduwan cek menggunakan alat pengesannya. Nasib baik reduwan sedia membawa stocknya sekali. Terus saja ditukarnya.

Inilah rupanya kapasitor yang rosak dan dikeluarkan. Kapasitinya adalah 8.5uF. Benda ni lah yang menentukan kelajuan putaran mesin. Kapasitor baru yang diganti seharusnya sama atau lebih tinggi kapasitinya dari yang asal.

Rasanya tak sampai sejam kerja2 pembaikan yang dilakukan oleh reduwan siap. Dia caj aku RM110 termasuk upah dan alat ganti. Aku langsung tak mintak diskaun kerana aku rasa berbaloi kot harga tu...entah lah....Lagi pun melihat orangnya masih muda serta kegigihanya mencari rezeki untuk anak dan isterinya. Tambah lagi dia datang buat terus kat rumah kita.