Monday, January 27, 2014

Percutian musim sejuk ke China - Day 7 & 8 (Changde, Shaoshan, Changsa)

Selepas zhangjiajie kami bertolak ke changde dan check in di toscana hotel. Pagi ini kami bertolak ke changsa dan singgah ke kediaman bekas presiden dan pengasas parti komunis china di shaoshan, hunan. Mao tze tung lahir pada tahun 1893 dan mati pada tahun 1976. Kami mengambil masa hampir satu jam meninjau2 ke dalam rumah melihat bagaimana sejarah kehidupannya dahulu.
di hadapan rumah mao tze tung
persekitaran rumah mao tze tung
kebun sayur yang luas di rumah mao tze tung
singgah di bamboo museum
dari bamboo museum berjalan kaki ke tianxin pavilion
tianxin pavilion
tianxin pavilion
tianxin pavilion
tianxin pavilion is the old city tower of changsa and the only remaining symbol of ancient city

Di changsa kami check in di huaxi hotel iaitu hotel yang kami singgah pada malam hari pertama. Esok dah nak balik dah. Kami tidak banyak masa untuk keluar shopping, tapi kami curi2 keluar malam mana2 bandar yang kami singgah. Tak banyak souvenir yang ditemui. Yang banyak cuma pakaian musim sejuk.

Pada hari terakhir seawal pukul 5 pagi kami dah kena check out dan terus bertolak ke airport. Pukul 8 pagi depart to guangzhou, perjalanan mengambil masa satu suku jam. Pukul 1 petang sudah masanya bertolak balik ke kuala lumpur dengan menaiki china southern airlines.
makanan yang dihidangkan oleh china southern airlines, siap ada tanda halal lagi...alhamdulillah mereka prihatin pada keperluan kita yang beragama islam
Selamat tinggal china...negara yang punya segalanya...

Saturday, January 25, 2014

Percutian musim sejuk ke china - Day 6 (Zhangjiajie)

Hari ke 6 masih di zhangjiajie
Selesai bersarapan kami ke tianzi mountain dengan menaiki cable car.
cableway

'rock natural bridge'...dua bahagian gunung membentuk jambatan menghubung antara satu sama lain

di sini pada tahun 2009 pernah menjadi tempat penggambaran filem avatar, sebuah filem 'epic science fiction' keluaran amerika
patung2 watak dari filem avatar di abadikan di sini. Kemudiannya tempat ini menjadi lebih terkenal dan popular di kalangan pelancung dalam dan luar china
menuruni bukit dengan bailong elevator, an elevator built into the side of mountain and the tallest outdoor-exposure lift in the world
di tianzi mountain

Thursday, January 23, 2014

Percutian musim sejuk ke China - Day 5 (Zhangjiajie)

Hari ke 5 kami masih di zhangjiajie
di pagi yang dingin kami dibawa melawat ke dragon cave, the gate to the centre of the earth
gua terpanjang di asia yang berkeluasan 100,000 meter persegi
gua batu kapur yang dijumpai oleh penduduk kampung pada tahun 1983 dan setahun kemudian dibuka kepada umum dan menjadi tarikan pelancung ke daerah ini
menaiki bas menuju ke ten mile gallery, is a ten miles long canyon gorge, shed a creek, the natural landscape of huge picture gallery
ten mile gallery terletak di kaki gunung tianzi

happy...
menaiki tren sambil menikmati panaroma di sini

malamnya kami dibawa menikmati pertunjukan 'zhangjiajie charming western hunan', satu pertunjukan kebudayaan yang cukup menakjubkan. Dewan penuh sesak dengan penonton
show ini sebenarnya tidak termasuk dalam itinerary asal kami...pada mulanya kami merasakan kami dipaksa oleh tour guide untuk pergi ke show ini. Harga tiket yang ditawarkan kepada kami Y320 (RM160), dan kebanyakan dari kami tidak membawa wang tunai (RMB) yang lebih. Memang kami dah biasa dengar yang tour guide 'sembelih' pelancung2 yang dibawa oleh mereka. Kami pasti tour guide ini mendapat komisyen bila membawa penonton untuk menyaksikan pertunjukan ini
memang ramai yang agak keberatan untuk ke show ini. Beberapa hari sebelum show ini, boss (mr chong) menyarankan agar kami semua pergi agar tidak timbul rasa tidak puas hati di pihak tour guide yang agak mendesak. Ya lah kami bimbang juga kalau dia buat tak layan kami selepas ni. Setelah berbincang kami bersetuju membeli tiket VIP dengan harga Y398 (RM200) dan boss juga bersetuju untuk subsidized separuh dari harga tiket kami. Boss membayar menggunakan credit card dan kami boleh membayar balik selepas balik ke malaysia. Bila melangkah masuk ke dewan ini kami merasa cukup terpegun dan cukup teruja dengan suasana yang sungguh menarik
show bermula...muzik, gendang serta gerakan yang cukup mengasyikkan. Pentas pula cukup menarik dengan 'props' dan lampu yang berwarna-warni 
show ini menceritakan kebudayaan dan sejarah penduduk asal di sini. Untuk memudahkan penonton yang terdiri dari pelbagai bangsa memahami mereka menyediakan skrin untuk 'sub title' dalam bahasa ingggeris, korea dan thai (kalau tak silap)...
segalanya ada...tarian, nyanyian dan akrobatik...best sangat
sungguh cekap mereka melakukan persembahan...tabik la kat diorang ni
lepas satu jam show di dalam dewan kami beredar keluar untuk show terbuka pula. Pertunjukan di luar lebih kepada 'martial arts'. Ada menunjukkan kekuatan berjalan di atas bara api, berjalan di atas mata pedang yang tajam. Ada juga menunjukkan kekebalan dihimpit oleh kepingan2 blok konkrit...macam2...
suasana di luar cukup sejuk, tapi para peserta untuk show bertahan dengan kostum tradisional mereka...ada yang tidak berbaju juga

Kami semua merasa cukup puas hati dengan show ini...tidak langsung merasa rugi dengan bayaran tiket VIP kerana dapat tengok dengan jelas. Kami pulang dengan gembira dan terhibur.

Sunday, January 19, 2014

Percutian musim sejuk ke China - Day 4 (Zhangjiajie)

Zhangjiajie adalah kemuncak percutian kami ke china. Selepas sarapan kami menuju ke tianmen mountain national forest park.
untuk sampai ke puncak kami menaiki cable car.  Tianmen mountain cableway merupakan cableway yang terpanjang di dunia yang merentasi lebih 7km dari bandar zhangjiajie ke puncak gunung tianmen

lihatlah betapa tingginya cable car bergayutan. Tianmen mountain cableway berada pada ketinggian sehingga melebihi 1000m dari aras laut 
macamana? ada berani?
amazing pathway....berada di ketinggian ini membuatkan kami begitu berdebar namun masing2 bersemangat dan teruja mengharungi cabaran
di atas skywalkway
di titik paling tinggi
kelihatan sedikit salji bertaburan di gunung ini
happy for being here
yang berwarna jingga tu adalah kain yang ditulis oleh pengunjung ke atas gunung ini. Mereka mengharapkan nasib serta kehidupan yang baik dan sebagainya, lalu mereka ikatkan pada pokok2 yang ada di sini. Untuk mendapatkan kain ini mereka kena bayar tapi aku tak pasti berapa...
dah hampir ke puncak
enjoy...
sebelah petang kami ke baofeng lake
untuk sampai ke tasik baofeng kami terpaksa mendaki dan menuruni beratus anak tangga
keletihan mendaki tadi hilang begitu saja bila mata kami disaji dengan keindahan serta kehijauan tasik baofeng ini...kami dibawa menaiki bot menyelusuri tasik yang dikelilingi oleh bukit2 serta mempunyai sejarah dan cerita tersendiri
baofeng lake is one part of wullingyuan scenic area
at jetty
menuruni mount baofeng yang berada pada ketinggian lebih 1,200 meter dari aras laut
panorama dan lanskap yang menarik
gambar kenangan di baofeng lake
kenangan