Saturday, November 1, 2014

Percutian ke Korea - Part 2

Day 3

Nami Island

Selepas breakfast bas telah sedia menunggu di hadapan hotel untuk membawa kami ke Jeju Airport. Pagi ini kami akan bertolak balik ke Seoul setelah 2 malam di sini. Pukul 8:30 pagi bertolak dan tiba di Gimpo Airport 9:00 pagi. Cuaca pagi lebih kurang 22 deg celcius. Bas dah sedia menunggu di airport.

Dari Gimpo Airport, perjalanan kami dengan menaiki bas ke Nami Island mengambil masa yang agak lama iaitu 2 jam lebih.
 Kemudian kami menaiki feri dari tanah besar untuk ke Pulau Nami. Perjalanan cuma mengambil masa lebihkurang 5 minit sahaja
 Welcome to Nami Island...pulau berbentuk seperti separuh bulan berkeluasan 430,000 meter persegi

 Pokok-pokok berwarna hijau pada musim panas. Suasana akan berbeza mengikut musim. Kalau musim luruh mungkin lagi cantik...


 Di sini...pulau lambang cinta
 Macam ni rupa tandas
Drama bersiri "Winter Sonata" yang popular dibuat di sini. Drama ini pernah menjadi fenomena di seluruh asia satu ketika dahulu sekitar tahun 2002. Aku pun menjadi pengikut setia siri drama percintaan romantis yang dilakunkan oleh aktor Bae Yong Joon dan  aktres Choi Ji Woo ini.
 Cultural art gallery
Restaurant

Di sini menjadi lokasi penggambaran siri drama Korea "Winter Sonata". Kebanyakan scene drama ini dibuat pada musim salji...


 Pulau yang terbentuk di Sungai Han

 Kat hujung pulau
Dah nak gerak balik dah...Rasa tak puas menikmati keindahan pulau ini. Beginilah jadinya bila ikut tour. Kami hanya dibenarkan menghabiskan masa selama 1 jam sahaja di sini. Aturcara semua nak dilakukan seringkas yang mungkin...haishhh
Ketenangan air sungai yang mengelilingi pulau nami


Del Pino Golf & Resort

Perjalanan dari Nami Island ke Del Pino Golf & Resort Hotel mengambil masa lebih 3 jam. Ketika tiba ke sini hari sudah hampir gelap.
Di resort ini kami ditempatkan di unit jenis suite. Suite yang kami duduki mempunyai sebuah bilik tidur dengan katil king size, satu ruang dapur kecil lengkap dengan perkakas2nya dengan ruang makan, satu ruang tamu serta sebuah lagi bilik tidur kecil yang dilengkapi dengan set tilam bagi yang ingin menikmati cara tradisional korea dengan tidur di lantai.
 Beautiful stone arches during night
 Morning view from our unit
Fresh

Day 4

Mount Seorak

Program pagi ini kami dibawa ke satu lagi tarikan pelancung terkenal di South Korea. 

 Menaiki cable car untuk ke Mount Seorak
 Cable car station
 10 minit sahaja masa diambil untuk sampai dari stesen di bawah ke stesen di atas...

Kami kena berjalan kaki menaiki tangga untuk sampai ke sini....kepenatan...

 Di sekeliling cuma batu sahaja...agak merbahaya juga di sini...takut tergelincir
Ini adalah puncak Mt Seorak...aku pandang dari bawah saja...
Kawasan ini tiada railing atau penghadang keselamatan. Kalau tidak berhati2 boleh terjatuh ke bawah.




Naksana Temple

Everland

 Entrance to Everland Theme Park
Tiba di sini dah hampir pukul 5 petang setelah mengharungi lebih 4 jam perjalanan dengan bas dari Mt Seorak
 Posing dulu sebelum masuk
 Suasana di sini sudah agak lengang






 Animal wonder world




Naik roller coaster kat sini


Night show parade