Thursday, November 22, 2012

Thursday, November 8, 2012

Ayahanda dalam kenangan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Diam tak diam, 22 tahun sudah berlalu sejak arwah ayahanda pergi meninggalkan kita. Pada hari ini, hari khamis 8.11.1990 pada waktu lebih kurang pukul 11 pagi kami semua redha ayahanda dipanggil mengadap ilahi. Ayahanda berusia 62 tahun ketika itu disahkan mengalami kegagalan jantung selepas dimasukkan ke hospital (kedah medical centre). Sebelum tu ayahanda tak pernah pun mengalami tanda2 sakit jantung. Ayahanda dimasukkan ke wad cuma satu malam saja. Dia pergi dalam keadaan tenang tanpa menyusahkan sesiapa.



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Ya Allah, ampunilah dosanya
Kasihanilah dan sejahterakan dia Maafkanlah kesalahannya
Muliakanlah kedatangannya
Lapangkanlah kuburnya dengan rahmat Mu
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih

Sebagai anak2 yang soleh marilah kita sama2 menyedekahkan al fatihah buat almarhum ayahanda agar dia tenang di sana.

AL FATIHAH

Monday, October 22, 2012

Gastrik oh gastrik...

Sudah agak lama aku tidak diserang gastrik. Kali terakhir pada awal tahun lalu. Pada masa tu ia menyerang ketika aku di ofis. Nasib baik lah aku dah stand by bam minyak serai ku. Malam tadi ia menyerang lagi...Ketika aku sedang berkemas didapur ia mula menyerang dan aku terus berlari mendapatkan bam dan terus menyapu ke perutku. Aku tak pasti kak timah, azirah, azril dan kak om sedar tak keadaan aku ketika itu. Masa tu kesakitan kian menyucuk di segenap perutku. Tak dapat berbuat apa2 lagi selain dari berbaring. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan...serba tak kena...Bam minyak serai keluaran hj sharif menjadi penyelamatku. Aku tidak memerlukan pil2 lain lagi...Bam ini ku bawa ke mana saja aku pergi...


Beberapa minit selepas menyapu bam ini, kita merasa panas dan berangin. Kemudian berpeluh2...Lepas tu akan rasa nak muntah dan kentut. Lepas muntah dan berak kita akan merasa lega...

Aku tak pastilah kenapa aku diserang gastrik, nak kata perut kosong tak mungkin sebab perut penuh giler dek makan kenduri di kelang tadi. Makan sampai dua kali...Mungkin juga terlebih makan...Dulu pernah check up dengan doktor. Doktor tu kata gastrik boleh disebabkan oleh perut kosong atau stress. Sesetengah makanan juga boleh menyebabkan gastrik. Doktor kata elakkan makan jambu dan nenas...entahlah...

Sambut menantu

Semalam merupakan hari bersejarah dan berbahagia buat Pak Su Hj Hamid dengan Mak Su Hjh Kalthom kerana selamat melangsungkan majlis resepsi serta mengalu-alukan kedatangan menantu pertama dalam keluarga mereka. Khairil Nizam selamat diijabkabulkan dengan Noraini yang dilansungkan di kampung halaman pengantin perempuan di Pasir Mas Kelantan pada minggu sebelumnya.

Majlis resepsi di adakan di Dewan Serbaguna Bukit Tinggi Kelang. Gambar2 kenangan diabadikan untuk tatapan kita semua.

Paksu dan maksu gembira menyambut menantu
majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak menakan
bersama puteri tunggal, khairul afza, dua dari kanan
ketibaan pengantin yang dinanti
Selamat Pengantin Baru buat Khairil Nizam dan Noraini. Moga kekal bahagia hingga akhir hayat...

Thursday, October 11, 2012

Bila bonda bertandang...

Hari sabtu lepas bonda datang bersama kak midah yang datang ke kl menemani ridzwan yang menduduki peperiksaan bagi pengesahan jawatannya. Gembiranya aku menyambut kedatangan mereka lebih2 lagi melihat keadaan bonda yang sihat dan ceria. Bukan main bersemangat lagi bonda datang dengan menaiki bas. Malam tu kami makan masakan thai di AU3. Kesian melihat bonda yang keletihan selepas solat isya' diajak keluar makan, tapi bonda happy je...sedap jugak la makan kat gerai yang azril rekomen tu...habis licin kami makan...zaidi yang paling berselera makan...lapar sangat kot...

Pagi hari minggu tu, lepas solat subuh aku sambung tidur balik. Sedapnya layan tidur di hujung minggu maklumlah di sepanjang minggu kena bangun awal untuk pergi kerja. Kat ofis pulak kerja banyak. Projek banyak dari peringkat submission, tender & construction stage yang semuanya ada cabaran tersendiri. Setiap hari masuk kerja aku perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Bila dah fokus kat kerja semua hal peribadi tolak tepi. Kerja harus dibereskan secepat mungkin. Memang meletihkan...

Lepas mandi aku turun untuk melihat apa yang perlu disediakan untuk sarapan pagi. Aku lihat semua ayam, daging, ikan dan udang dah dikeluarkan dari peti sejuk. Mungkin kak om yang keluarkan...Sebahagiannya dibeli oleh azril di pasar tani semalam. Aku lihat ada mee kuning dan sayur sawi dan bayam juga. Nak masak mee goreng rasa macam kering sangat pulak, lagipun dah bosan makan mee goreng...masak mee yang berkuah aje lah...Sekarang ni aku memang ketagih makan mee yang berkuah sos lada hitam...aku tak berapa suka kuah yang pekat dan lebih suka kuah yang cair macam sup...aku dapat idea bila selalu dok search kat internet...aku beger2 la sikit...aku tak tau nak panggil mee apa sebenarnya...aku panggil je mee sup ladna...ada la sikit macam mee ladna kot...hihi...dan aku ingin berkongsi resepi...inilah dia....


Mee sup ladna
Bahan-bahan
• sebungkus mee kuning
• 3 ulas bawang putih - cincang halus
• 1/2 in halia- cincang halus
• 5 biji cendawan shitake kering (rendam seketika dan potong)
• 100gm daging
• sedikit udang
• sepaket bebola ikan
• seikat sayur sawi
• 3 biji cili kering- gunting seinci
• 3 sudu sos lada hitam
• sedikit kiub ayam
• garam- secukup rasa
• sedikit minyak utk menumis

Cara-cara memasak 
1. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan daging yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan 4 cawan air.
4. Masukkan sos lada hitam, garam dan kiub ayam.
5. Masukkan bebola ikan dan udang.
6. Masukkan cendawan dan cili kering. Biarkan mendidih.
7. Masukkan sayur sawi. Kemudian masukkan mee
8. Gaul dan biarkan sebentar. Kemudian hidangkan panas2.

Kak om dengan azril memang la berselera makan. Bonda dan kak midah pun ok je...ridzwan ngan zaidi je nampak macam kurang berselera...mungkin tak biasa makan mee yang berkuah untuk sarapan pagi....

Lepas sarapan pagi azril tolong cek flight ticket untuk bonda, kak midah & wan balik kedah. Dari firefly, air asia hingga mas...nak beli online pulak ada problem bila nak print out....selepas dipersetujui oleh kak midah yang prefer nak naik mas, kami pergi je ke kaunter mas kat kl central, order online melalui i-pad yang disediakan di situ dan terus bayar kat kaunter. Beli tiket online lebih murah dari beli kat kaunter...untuk tiket satu hala dari klia ke alor setar RM197 harga online berbanding RM227 kalau beli di kaunter...

Esoknya, seawal 6:25 pagi aku terpaksa keluar ke tempat kerja...tak mahu keluar lambat bimbang terperangkap dalam kesesakan jalanraya yang semakin hari semakin menyesakkan...selepas bersalaman dan peluk cium bonda dan kak midah aku minta diri...maaf kerana tidak dapat bersama2 kalian...hari tu kak om dan azril ambil cuti dan mereka membantu menghantar wan ke sapura @ mines untuk menduduki examnya. Semoga berjaya ya wan...

Tengahari tu juga abang am sampai untuk menghadiri majlis konvokesyen di universiti islam antarabangsa...anakandanya yang ketiga, ahmad syafiq menerima degree in economic...tahniah syafiq atas usaha serta penat lelah selama ini...

Bonda, kak midah dan wan balik ke alor setar dengan penerbangan pukul 7:55 malam. Selamat jalan dan semoga berjumpa lagi....

Monday, September 17, 2012

Birthday in September

happy birthday.....

8 sept - sharuliza
12 sept - k.hamidah & khairul amri
16 sept - ahmad nabil & nur farzana
27 sept - aina afiqah

Sunday, August 26, 2012

Homestay di Alor Setar

HOMESTAY @ TITI GAJAH
ALOR SETAR

Salam

Kepada anda yang ingin mencari tempat penginapan berdekatan Bandaraya Alor Setar, dengan rasa besar hati kami mengalu-alukan dan mempersilakan anda berkunjung ke Homestay kami. Kami menawarkan tempat penginapan yang luas dan selesa disamping harga berpatutan.

Terletak bersebelahan SK Titi Gajah, kira-kira 5 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, 5 minit perjalanan ke Kompleks Pentadbiran Kerajaan Anak Bukit dan kira2 15 minit perjalanan ke pusat bandaraya Alor Setar.

Berhampiran panaroma sawah padi yang menarik.

Kami menawarkan : -
Sebuah rumah satu tingkat dengan 3 bilik tidur, 3 bilik air, ruang tamu, ruang makan dan dapur. Terdapat juga ruang dobi untuk kemudahan mencuci pakaian. Ruang parkir yang luas untuk 7-8 buah kereta. Kesemua bilik berhawa dingin dilengkapi dengan pemanas air untuk mandi.

Kemudahah-kemudahan lain yang disediakan:
  • TV dan DVD player
  • Set sofa
  • Peti Sejuk
  • Mesin basuh
  • Dapur gas
  • Periuk nasi elektrik
  • Meja makan
  • Penapis air
  • Cerek elektrik
  • Seterika elektrik
  • Pinggan mangkuk dan periuk belanga

Peta Lokasi
Sebuah rumah satu tingkat yang baru beroperasi tidak sampai 1 tahun. Masih baru...
Ruang tamu berhawa dingin dilengkapi tv dan dvd player
Bilik tidur utama berhawa dingin, katil queen size dengan bilik air
Bilik tidur kedua berhawa dingin, katil queen size dengan bilik air
Bilik tidur ke 3 berhawa dingin, 2 katil single size dengan bilik air
Ruang dapur dan ruang makan yang luas

Bayaran untuk satu malam hanya RM200 sahaja.

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi:
Tn Hj Hafiz Ismail
H/p : 019-5603775

Sila berkunjung ke Homestay kami di alamat:
Lot 10, Lorong Salam
Titi Gajah
Alor Setar
Kedah Darulaman

Friday, August 24, 2012

Salam Aidil Fitri 2012

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam buat semua saudara sekelian...
Maaf kerana agak terlewat untuk menghulurkan salam aidilfitri....
Saya harap belum terlewat juga untuk saya memohon kemaafan andai ada silap dan salah dalam tuturkata atau perbuatan yang tidak disengajakan...
Saya harap semua berbahagia dan bergembira di hari dan bulan mulia ini...


Selamat Hari Raya....
Maaf Zahir dan Bathin

Saturday, August 4, 2012

Birthday in August

Happy Birthday.....
K Maharum 4 Aug
K Farizah & K Diana 15 Aug
K Ezham 16 Aug
Musyiri 17 Aug
Megat Syabil 28 Aug

Wednesday, July 25, 2012

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


"Hai sekalian orang-orang yang beriman,
diwajibkan atas kamu puasa,
sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang
yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa."

(Al-Baqarah: 183)

Dalam bulan Ramadhan itu diturunkan Al-Qur'an
sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan
mengenai petunjuk itu serta pembeda (antara yang haq dan yang bathil).
Barangsiapa yang menyaksikan bulan Ramadhan, hendaklah berpuasa ...."

(Al-Baqarah: 185)



Buat muslimin dan muslimat semua selamat menjalani ibadah puasa dan menunaikan solat sunat terawih...


Thursday, June 28, 2012

Pergi Umrah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِا
Salam
Dengan penuh rasa kesyukuran saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah umrah di tanah suci mekah dan ziarah ke kaherah, mesir buat kakak ku hamidah bersama suami, abg hafiz berserta puteri sulung kesayangan, nur husna yang bermula dari 29 jun hingga 14 jul 2012. Semoga kalian sentiasa sihat dan diberi keberkatan serta dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna....alhamdulillah...

Monday, June 18, 2012

Renovation in progress

Proposed new master bedroom, new family room, extension of bathroom, extension of living room and ancillary works at 33 Budi 2.

Construction cost : RM120,000
Variation order (V.O) : RM30,000
Date of commencement : 27 Feb 2012
Construction period : 3 months
Date of completion : 27 May 2012
Extention of time : 4 weeks
Contractor : YM Crystal Tile Sdn Bhd

Works in progress - Day 5 (week 1) - foundation work, ground floor column, beam & slab formwork

Buat saudara2ku sekelian...dimaklumkan operasi budget hotel cum homestay untuk cuti sekolah bermula minggu depan dihentikan buat sementara (cuti sekolah dah berlalu dah....) Insyaalah operasi akan bersambung untuk cuti pertengahan tahun nanti.
Day 12 (week 2) - first floor column
Week 2 - first floor beam & slab completed
Week 2
Week 3 - roof beam & gutter completed
Week 3 - balcony cantilever slab
Week 4 - Concrete tiles roofing, brickwall completed.
Week 4 - Door and window frame
Week 4
Week 5 - cement plastering internal and external is in progress. Bathroom wall at ground floor been demolished and new wall at about 1 feet wider from the original has been constructed.
Week 5 -Wiring works is in progress.
Week 6 - door and window frame completed, cement plastering, wiring works in progress
Week 7 - plaster ceiling at new master bedroom in progress
Week 7 - plaster ceiling at car porch
Week 7 - demolished of brickwall at existing master bedroom
Week 8 - 9, installed of the aluminium window, internal plaster ceiling
Week - 9
Week 9, brickwall fencing
Week 9, demolished of existing steel fencing, balcony side wall in progress
 Week 16, completion of wrought iron gate.
Week 16
Week 16
Week 16, 97% work done

Thursday, June 7, 2012

Birthday in June



Happy birthday....
Akmal - 7 June
Hazim - 15 June
Kak Salmah - 21 June

Sunday, June 3, 2012

My birthday

A 'secret recipe' birthday cake from my beloved nephew, syabil and family....thank you so much...i love everyone of you...