Wednesday, November 24, 2010

Banjir 2010

...awal november 2010 menyaksikan bencana banjir besar melanda bahagian utara semenanjung khususnya di bahagian perlis dan kedah utara....

...tak kerkecuali kampungku yang terletak di kepala batas...rumah ibuku turut ditenggelami air hampir 2 kaki...

...keadaan di halaman rumah ibu digenangi air...

...selepas beberapa hari air belum surut ibu terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat...

....keadaan di jalan dari pekan kepala batas menghala ke lebuhraya plus...

....misi bantuan dari abang det dan anak2 membawa ibu dan adik mar ke rumah mereka...hanya motosikal yang digunakan kerana kebanyakan jalan2 ditutup....
....deretan kereta diletakkan di bahu jalan menghala ke lebuhraya plus....

....selepas air surut operasi pembersihan bermula...

....keadaan dapur lepas banjir....pintu kabinet dapur semua rosak...

....biar betul...kuatnya izat angkat laci tu...bantuan anak cucu ibu datang membersihkan rumah...

Thursday, February 25, 2010

Muzium Padi Kedah Darulaman

Muzium Padi Kedah Darulaman merupakan salah satu tempat tarikan pelancong. Terletak di kaki Gunung Keriang, Alor Setar. Di sini dipamerkan sejarah penanaman padi, jenis2 padi, alat persawahan tradisional dan lain-lain. Selain itu alat menangkap ikan tradisional, makanan yang berasaskan beras juga dipamerkan di sini.

Cuti Tahun Baru Cina 2010, kami berkunjung ke Muzium padi walaupun aku mendapat kutukan dari adikberadikku yang mengatakan apalah yang menarik boleh dilihat di sini...maklumlah kami dibesarkan di dalam suasana sawah padi...dah biasa sangat dengan padi ni...arwah bapaku pun kerjanya bersawah....tak apalah mereka nak kata apa, yang penting aku harus lihat dulu apalagi aku mendapat komen yang baik dari kawan2 ku yang berketurunan cina mengenai muzium ini...

 Aku beria2 mengajak adik2 dan kakakku ke sini. Hasilnya aku cukup berpuas hati dapat kesempatan ke sini. Ramai juga orang dari pelbagai bangsa mengunjungi tempat ini. Bayaran masuk adalah RM 3 bagi dewasa dan RM 1 saja bagi kanak2.

Yang paling menarik dan unik di Muzium padi ini ialah apabila berada di aras 3. Di sini kita dapat melihat panorama tanaman padi dalam bentuk mural dan lanskap. Mural yang berketinggian 8 meter dan 103 meter panjang ini adalah salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Di aras ini ada ruang pemerhati terletak di atas platform berputar.

...duduk di platform berputar, kita umpama berdiri di satu puncak gunung yang tinggi  menikmati pemandangan sawah padi yang terbentang luas....

...kita disajikan dengan lukisan yang cantik menggambarkan panorama sawah padi yang cantik...

....lukisan yang menggambarkan suasana langit mendung...

....lukisan yang cantik dan hidup....lukisan ini menggambarkan suasana keramaian di sebuah kampung.... 

...kepada sesiapa terutamanya anak kedah yang belum lagi berkunjung ke muzium padi ini silalah berbuat demikian...pasti tidak mengecewakan anda kerana di sini terdapat keunikan tersendiri...