Saturday, December 31, 2011

Salam tahun baru 2012
















Waktu terus berlalu
berbagai onak dan duri telah dilalui
kehidupan ini sungguh bermakna
adakala senang
adakala susah
adakala tawa gembira
adakala duka nestapa
kebahagiaan
kesedihan
adalah lumrah kehidupan
masa terus berlalu
hari ini adalah kenangan
esok adalah harapan
sungguh pantasnya masa berlalu
semoga sentiasa dalam rahmat Ilahi
semoga keimanan teguh di hati
rezeki dan amal selalu diberkati
hari ini kian berlalu
minggu ini kian berganjak
bulan ini akan pergi
tahun ini akan ditinggalkan
bersama sejarah kehidupan
dengan segunung harapan
mahu atau tidak langkah harus diteruskan...
Selamat tahun baru 2012.....

Saturday, December 24, 2011

Panggang ikan

Selain gulai tempoyak ikan patin, menu tengahari kami hari itu adalah ikan panggang. Ikan talapia dan ikan patin...Rasanya sungguh enak dan di antara kedua2 ikan ini aku lebih menggemari ikan patin...
ikan patin dan ikan talapia yang bertuah menjadi hidangan kami...
ikan talapia mula dipanggang...
menggunakan dapur gas untuk memanggang....
ikan patin yang dah hampir masak...

Gulai tempoyak ikan patin

Memang sudah agak lama aku teringin nak belajar memasak gulai tempoyak ikan patin ni. Dulu sebelum r&r sungai perak dinaik taraf kami selalu singgah untuk menikamati gulai tempoyak ni. Sekarang tak taulah gerai tu ada lagi atau tak. Selepas dinaik taraf suasana dah lain dah...
Semasa abg azman dan familinya datang baru2 ni, aku sempatlah belajar dari kakak iparku cara memasaknya. Kakak iparku orang perak....Kebetulan masa tu mereka datang dari Lenggong selepas bercuti di sana dengan membawa ikan patin dan ikan talapia yang segar berserta tempoyak.

bahan utama....ikan patin...mesti dicuci dengan menggunakan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir...
...sedikit cili api, bawang, kunyit hidup dan serai...
bahan penting...tempoyak ler...
sedikit asam keping...
bahan rencah...timun tua (timun yang berkulit sedikit coklat tu...)
bawang, kunyit dan cili api ditumbuk, manakala serai dititik...
rebus bahan2 yang ditumbuk tadi berserta serai, asam keping dan sedikit garam...kemudian masukkan timun...masak sehingga mendidih....
akhir sekali masukkan ikan patin...tunggu hingga mendidih...dah selesai dah...dan bolehlah dihidangkan...


Wednesday, December 21, 2011

Cuti Sekolah

Cuti sekolah kali ini hampir setiap minggu sanak saudara datang berkunjung sambil melawat ke bandaraya kuala lumpur yang indah dan permai. Abang azman bersama keluarganya menghabiskan masa seminggu di kuala lumpur. Mereka berjalan2 ke zoo negara, pusat sains negara, upm, um serta membeli belah di sogo, wangsa walk dll.

singgah klcc sekejap

singgah untuk solat asar di masjid as syakirin klcc

ku farzana dengan mamanya

pergi makan2 kat pizza hut...ku hazim. ku irfan & ku khairi

diapit oleh ku aina dan ku farzana ketika menunggu pizza...

Friday, December 2, 2011

Buat Insan Yang Diuji


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِا
Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.
 
Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai. Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah.

Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.