Friday, January 17, 2014

Percutian musim sejuk ke China - Day 3 (Fenghuang-Furong)

Suhu pagi ini sangat sejuk iaitu -2 celcius. Selepas sarapan kami check out. Beg kami masukkan terus ke dalam bas dan kami meninggalkan bas di perkarangan hotel lalu berjalan kaki ke fenghuang ancient city. Jika semalam kami menikmati keindahan waktu malam, pagi ini kami dibawa menikmati suasana di siang hari pula.


kami menyaksikan pelbagai aktiviti di sungai ini seperti mencuci kain, cuci air-cond, cuci kasut, cuci mop
dan yang paling mengejutkan bila melihat mereka mencuci sayur di sungai ini. Makan tengahari kami diatur berdekatan dengan sungai ini. Kami semua jadi tak lalu nak makan....



berbagai jenis perniagaan dilakukan di tebing sungai ini termasuk homestay

sejarah sejak 600 ratus tahun dahulu...hongqiao art building
gambar kenangan bersama rakan2 dan boss (di hadapan sekali) di fenghuang...hongqiao zhonglu

Setelah menghabiskan masa lebih 4 jam kami bertolak ke zhangjiajie. Perjalanan dengan coach mengambil masa lebih 5 jam. Masalah yang sering kami hadapi ketika dalam perjalanan yang lama adalah untuk ke tandas. Dahlah nak sampai ke satu2 tandas punya jauh, dah tu kebanyakan tandas di sini sangat kotor. Aku jadi takut untuk minum air kerana takut masuk tandas. 
Tahukah anda apa gambar ini? Ini adalah gambar sebuah tandas awam yang kami kunjungi. Tak ada pintu, tak ada wc dan yang ada cuma longkang kecil yang mengalir di lantai setiap ruang2 ini. Tak taulah macamana kalau nak buang air besar. Tandas wanita dan lelaki berasingan. Kami kena bayar 1 yuan (50 sen) untuk masuk. Sinki terletak di luar dan berkongsi dengan lelaki. Sebelum masuk aku dan beberapa rakan ku tak tahu akan begini rupanya. Ramai yang tak jadi nak meneruskan hajat. Tapi aku dah tak boleh nak tahan lagi, jadi terpaksa juga guna. Aku pilih ruang yang paling hujung sekali. Aku hanya menggunakan wet tissue dan tissue lap saja untuk cuci....alahai...inilah pengalaman buruk ketika berada di china.
di furong kami singgah di north city gate yang mempunyai sejarah dan dibina semenjak dari dinasti ming lagi. Kami kemudian meneruskan perjalanan ke zhangjiajie dan bermalam di biway fashion hotel



No comments:

Post a Comment