Thursday, January 16, 2014

Percutian musim sejuk ke China - Day 2 (Fenghuang ancient city)

Morning call pukul 6:30 pagi, tapi aku set alarm 10 minit awal. Walaupun sejuk aku tetap mandi agar rasa lebih segar. Kami cepat2 bersiap untuk turun breakfast. Pagi ini kami dah kena check out untuk ke destinasi seterusnya. Untuk pagi hari pertama aku ikut breakfast di hotel. Aku tak pasti sangat apa yang dihidangkan dan aku pun tak ingin ambil tahu. Aku cuma mengambil secawan kopi, dua ketul jagung rebus, sebiji telur mata dan beberapa biji tomato mini. Kami cepat2 makan dan bergegas ke lobby untuk internet wifi.

Pukul 8:30 pagi mulakan perjalanan untuk ke destinasi seterusnya dengan menaiki coach. Tour guide mula memberi penerangan dalam bahasa mandarin. Miss tan sikit sebanyak menjelaskan apa yang disampaikan. Pagi ini kami akan bertolak ke fenghuang ancient city. Perjalanan mengambil masa lebih dari 4 jam.

Dalam perjalanan kami dibawa singgah ke hunan university of changsa yang mana ini tidak termasuk dalam itinerary lawatan kami. Tapi kata tour guide universiti ini adalah satu tourist attraction kerana sejarah dan keunikan senibinanya yang berusia lebih 1000 tahun. Namun ada hal yang agak kurang menyenangkan apabila tiba di simpang laluan ke universiti. Tour guide kata bas kami tak boleh masuk dan mencadangkan kami menyewa kereta sewa yang ada di situ atau kami boleh berjalan kaki yang katanya akan mengambil masa 1 1/2 jam pergi dan balik...jauh tu. Kalau naik kereta sewa seorang dikenakan Y30...mahal tu...Kami masing2 tidak berpuas hati, kerana tour guide ini nampak macam sengaja mengambil kesempatan ke atas kami. Kami menolak untuk menyewa kereta dan semua berjalan kaki untuk masuk ke dalam. Tak ada lah jauh sangat...kira2 dalam 1km saja. Berjalan dalam suhu sejuk tidaklah membuatkan kami rasa penat. Masa berjalan masuk kami lihat banyak kereta dan bas awam yang lalu di dalam kawasan ini. Mungkin tour guide ini nak kenakan kami.
di hunan university, kat belakang tu patung mao tze tung
senibina yang unik
ancient building
Kami meneruskan perjalanan ke destinasi kami seterusnya. Perjalanan yang panjang melalui lebuhraya dan agak membosankan. Pemandangan kiri kanan jalan tidak ada yang menarik perhatian. Dengan cuaca yang berkabus membatas pandangan kami menikmati pemandangan. Sepanjang lebuhraya kami melalui berpuluh2 terowong yang menembusi bukit2 yang banyak terdapat di sini. Trafiknya agak lengang dan tidak banyak kawasan rehat seperti di tempat kita. Hanya beberapa tour bas bersaing dengan bas kami, yang banyak aku lihat lori mengangkut babi. Babi di sini gemuk2.

Selepas check in di fengting international hotel kami keluar untuk makan malam di restoran berhampiran. Kali ini aku dan rakan muslimku hanya dihidangkan sayur2an dan telur dadar saja. Cili langsung tak ada dalam menu masakan mereka. Aku keluarkan sambal ikan bilis dan kami kongsi makan bersama2. Ada lah selera sikit.

Selesai makan kami dibawa menikmati keindahan malam di fenghuang ancient city yang terletak berdekatan dengan hotel kami. Suasana malam di sini sungguh indah. Bandar lama yang terletak di tebing sungai dihiasi dengan lampu berwarna-warni. Banyak terdapat restoran, pub dan kedai menjual souvenir di sini. Suasana sungguh meriah di sini dengan musik dan tarian dari pub2 silih berganti. Ada yang menari dalam keadaan mabuk.
deretan kedai menjual souvenir
fenghuang ancient city
so nice
night at fenghuang ancient city

No comments:

Post a Comment