Tuesday, January 14, 2014

Percutian musim sejuk ke China - Day 1 (Changsa)

Seawal 6:00 pagi teksi yang aku tempah melalui apps myteksi 2 hari lalu sudah sedia menunggu di hadapan rumah. First time aku menempah teksi melalui myteksi. Ianya mudah, selamat dan lebih meyakinkan. Caranya mudah dengan download melalui aplikasi android atau ios telefon bimbit kita. Lepas register nama, email address, no telefon dan alamat untuk pickup serta destinasi kita, aplikasi ini akan akan detect mana2 teksi yang berdaftar dengan myteksi berhampiran melalui gps. Butiran pemandu seperti nama, no teksi serta no telefon akan diberi. Caj atau tambang yang dikenakan juga diberitahu melalui aplikasi ini. Pemandu teksi ini akan call kita atau sebaliknya untuk mengesahkan tempahan.

Pukul 9:50 pagi 24 dec 2013 perjalanan dengan menaiki china southern airlines airbus 320 dari kuala lumpur international airport (klia) ke guangzhou mengambil masa lebihkurang 4 jam. Flight penuh dengan orang china, suasana agak bising. Seketika kemudian kami dihidangkan minuman oleh pramugari csa. Mereka berbahasa mandarin. Pelbagai jenis minuman dan kita boleh memilih mana yang kita suka. Ada hot coffee, tea, orange juice, mango juice, apple juice dll. Dan kita juga boleh refill...bestnya...

Kemudian hidangan makan tengahari pula dihidangkan. Satu set hidangan lengkap yang aku pilih adalah fish noodle dengan roti, puding caramel dan buah2an.
Sampai di baiyun airport guangzhou, kami terpaksa menunggu hampir 2 1/2 jam untuk penerbangan domestik ke changsa pula. Suhu di guangzhou ketika itu dalam lingkungan 10-15 deg celcius. Sementara menunggu kami mundar-mandir dalam airport saja. 

3:30 petang tiba masa untuk check in imigresen untuk ke changsa. Pemeriksaan agak ketat. Jaket kena buka...sesiapa yang pakai but pun kena buka. Alhamdulillah aku tidak mengalami sebarang masalah. Bimbang juga kalau dia suruh buka tudung ke hape...

4:50 petang, perjalanan ke changsa cuma mengambil masa 1 1/4 jam saja. Minuman dihidangkan.
Sampai di changsa suhu lebih sejuk dari masa di guangzhou. Masing2 cepat mengenakan jaket atau coat.

Lepas urusan imegresen dan kastam, kami terus dibawa ke sebuah restoran untuk makan malam. Masa makanlah yang paling merisaukan aku. Dah ikut trip dengan syarikat china so kena ikutlah apa yang diaturkan. Aku dah sedia maklum akan hal ni. Mereka pun tahu tapi memang mereka tidak dapat untuk menyediakan menu makanan halal untuk kami bertiga yang beragama islam. Masa hidangan sampai ke meja kami ada sup ikan, ayam dan sayur2an. Ayam dihidangkan kerana pada fahaman mereka kami boleh menerima hidangan "pork free". Kami minta masakan ayam itu dibawa pergi. Dalam rasa yang agak tidak selesa aku bismillah dan selawat sebelum menjamah nasi berserta sayur2an tersebut. Rasa ikan agak kurang menyelerakan kerana ianya adalah ikan air tawar dan banyak tulang.

Selesai makan malam sebelum kami dibawa ke hotel kami dibawa singgah ke huangxing road pedestrian street yang terkenal di bandar changsa. Kami diberi masa satu jam saja untuk siarkaki di kawasan ni. Suhu malam sungguh sejuk. Orang ramai mundar-mandir. Banyak kedai2 dan kebanyakan menjual pakaian musim sejuk. Macam2 fesyen ada.
suasana di huangxing road pedestrian street

Kami memasuki sebuah kedai menjual inner clothing. Aku tidak mengalami kesukaran kerana kawan2 ku boleh berbahasa mandarin. Mereka menjadi jurubahasa dan memudahkan aku tawar menawar. Jika masa di kl aku tidak dapat mencari long john, maka di sinilah tempatnya. Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan. Apa lagi...aku dan kawan2ku masing2 pun belilah sepasang long john. Harga sepasang cuma Y99.00 yakni RM50.00. Murah kan...
kawan2 ku miss tay dan miss tan seronok memilih inner cloth

Selepas 1 jam bersiar2 di sini kami dibawa ke huaxi hotel untuk check-in. Hotel 5* dilengkapi wifi tapi cuma di bahagian lobby sahaja. Bilik hotel dengan 2 single bed, selesa, pemanas udara dan pemanas air berfungsi tanpa masalah. Aku berkongsi bilik dengan miss tan. Miss tan ni baik dan aku amat selesa dengannya. Aku juga tiada masalah untuk menunaikan solat.

No comments:

Post a Comment