Saturday, December 31, 2011

Salam tahun baru 2012
















Waktu terus berlalu
berbagai onak dan duri telah dilalui
kehidupan ini sungguh bermakna
adakala senang
adakala susah
adakala tawa gembira
adakala duka nestapa
kebahagiaan
kesedihan
adalah lumrah kehidupan
masa terus berlalu
hari ini adalah kenangan
esok adalah harapan
sungguh pantasnya masa berlalu
semoga sentiasa dalam rahmat Ilahi
semoga keimanan teguh di hati
rezeki dan amal selalu diberkati
hari ini kian berlalu
minggu ini kian berganjak
bulan ini akan pergi
tahun ini akan ditinggalkan
bersama sejarah kehidupan
dengan segunung harapan
mahu atau tidak langkah harus diteruskan...
Selamat tahun baru 2012.....

Saturday, December 24, 2011

Panggang ikan

Selain gulai tempoyak ikan patin, menu tengahari kami hari itu adalah ikan panggang. Ikan talapia dan ikan patin...Rasanya sungguh enak dan di antara kedua2 ikan ini aku lebih menggemari ikan patin...
ikan patin dan ikan talapia yang bertuah menjadi hidangan kami...
ikan talapia mula dipanggang...
menggunakan dapur gas untuk memanggang....
ikan patin yang dah hampir masak...

Gulai tempoyak ikan patin

Memang sudah agak lama aku teringin nak belajar memasak gulai tempoyak ikan patin ni. Dulu sebelum r&r sungai perak dinaik taraf kami selalu singgah untuk menikamati gulai tempoyak ni. Sekarang tak taulah gerai tu ada lagi atau tak. Selepas dinaik taraf suasana dah lain dah...
Semasa abg azman dan familinya datang baru2 ni, aku sempatlah belajar dari kakak iparku cara memasaknya. Kakak iparku orang perak....Kebetulan masa tu mereka datang dari Lenggong selepas bercuti di sana dengan membawa ikan patin dan ikan talapia yang segar berserta tempoyak.

bahan utama....ikan patin...mesti dicuci dengan menggunakan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir...
...sedikit cili api, bawang, kunyit hidup dan serai...
bahan penting...tempoyak ler...
sedikit asam keping...
bahan rencah...timun tua (timun yang berkulit sedikit coklat tu...)
bawang, kunyit dan cili api ditumbuk, manakala serai dititik...
rebus bahan2 yang ditumbuk tadi berserta serai, asam keping dan sedikit garam...kemudian masukkan timun...masak sehingga mendidih....
akhir sekali masukkan ikan patin...tunggu hingga mendidih...dah selesai dah...dan bolehlah dihidangkan...


Wednesday, December 21, 2011

Cuti Sekolah

Cuti sekolah kali ini hampir setiap minggu sanak saudara datang berkunjung sambil melawat ke bandaraya kuala lumpur yang indah dan permai. Abang azman bersama keluarganya menghabiskan masa seminggu di kuala lumpur. Mereka berjalan2 ke zoo negara, pusat sains negara, upm, um serta membeli belah di sogo, wangsa walk dll.

singgah klcc sekejap

singgah untuk solat asar di masjid as syakirin klcc

ku farzana dengan mamanya

pergi makan2 kat pizza hut...ku hazim. ku irfan & ku khairi

diapit oleh ku aina dan ku farzana ketika menunggu pizza...

Friday, December 2, 2011

Buat Insan Yang Diuji


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِا
Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.
 
Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai. Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah.

Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

Wednesday, November 16, 2011

Potong Kuku Mengikut Sunnah Nabi


Barang siapa yang mengerat kukunya pada

Hari Sabtu :
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad :
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
Hari Isnin :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa :
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat :
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Dari sabda Rasulullah SAW.

Friday, November 11, 2011

Renungan

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sunday, October 9, 2011

Ketupat palas

Kebiasaan setiap kali hari raya ketupat palas ini menjadi hidangan istimewa kami. Di sini aku ingin berkongsi bagaimana cara menyediakan ketupat palas yang cukup popular di negeri kelahiranku. Resipi dan cara membuatnya aku perolehi dari ibu.


Bahan-bahan :
3 kilo beras pulut
1 kilo santan
garam secukup rasa
5 helai daun pandan
daun palas (lebih kurang 15 batang)



Cara membuatnya :
Campurkan santan dengan sedikit air. Sukatan santan haruslah sesuai dengan beras pulut. Jangan terlalu cair kerana jika terlalu cair akan menyebabkan pulut menjadi lembik. Ukuran santan seelok-eloknya lebih kurang satu ruas ukuran jari kita.

Masak santan tersebut, masukkan garam dan daun pandan. Santan mestilah dikacau sentiasa agar tidak naik minyak. Setelah santan mendidih masukkan beras pulut yang sudah dibasuh. Kacau sehingga kering santannya. Tutupkan api dapur walaupun kelihatanya pulut tu cuma setengah masak. Biarkan sejuk sikit.


Kemudian bungkus pulut menggunakan daun palas. Setelah dibungkus, simpulkan dengan kemas daun palas agar beras tidak terkeluar. Potong hujung daun palas yang sudah disimpul tadi. Kemudian rebuslah ketupat tadi. Untuk merebus, air dimasukkan sama parasnya dengan ketupat tadi. Masa diambil untuk merebus lebih kurang sejam atau sehingga air rebusan kering.

Ketupat pulut enak dimakan bersama dengan kari daging, rendang atau serunding.

Saturday, October 8, 2011

Keberkatan doa ibubapa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِا
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Seorang anak hanya mendapat kedudukan sebagai anak yang soleh jika mereka mentaati dan memuliakan ibubapa. Kita sebagai anak apabila sudah berjaya dan memperolehi pelbagai kesenangan hidup tidak harus sama sekali melupakan segala jerih penderitaan dan pengorbanan ibubapa, sebaliknya pada masa beginilah sewajarnya kita berbakti untuk memberi kesenangan hidup kepada mereka serta menjaga mereka umpama menatang minyak yang penuh.

Anak yang soleh akan berusaha menyenangkan hati ibubapanya dan mengharapkan keredaan dan keberkatan hidup daripada Allah. Mereka tahu bahawa setinggi mana pun kedudukan, pangkat atau kemewahan semua itu tidak sama nilainya dengan kasih sayang terhadap ibubapa. Selain itu, setiap doa dari ibubapa amatlah mustajap. Maka anak yang soleh akan sentiasa mengharapkan berkat doa ibubapa dalam menjalani kehidupan. Dan sewajarnya kita merebut peluang semasa ibubapa kita masih hidup untuk berbakti kepada mereka di samping mengharapkan keberkatan doa.

Doa ibubapa akan menjamin keselamatan dan ketenteraman dalam kehidupan. Allah akan melindungi diri anak yang berbakti dengan kehidupan aman dan sejahtera. Cahaya hidayah dan ketakwaan akan sentiasa melimpahi jiwa anak. Di samping itu doa ibubapa menjadi sumber kepada pembinaan kekuatan jiwa anak dan akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku anak dalam menjalani kehidupan.

Derhaka kepada ibubapa bermakna seseorang itu telah menderhakai Allah. Begitulah besar dan mulianya darjat ibubapa.

Saturday, September 3, 2011

Kemeriahan Aidil Fitri 2011

Mengabadikan kenangan dan kemeriahan 1 syawal tahun 2011 di teratak hijrah...

Bergambar kenangan selepas solat sunat aidil fitri...Sebahagian dari anak2, menantu, cucu dan cicit bonda...
Menziarahi pusara ayahanda sambil menyedekahkan al fatihah dan diiringi doa semoga ayahanda sejahtera di alam sana...
...syabil pun menyedekahkan al fatihah untuk tokwan yang tidak sempat dikenalinya....
...keluarga abang am pun turut serta....
...alhamdulillah bonda diberikan kesihatan yang baik pada raya dan puasa tahun ni...bonda dapat menyempurnakan sepenuhnya solat sunat terawih kali ini...
....abang am, abang kesayangan kami....
....kesedihan di pagi raya apabila bersalaman dan berpelukan memohon keampunan dan kemaafan....kesilapan dan ketelanjuran harap dimaafkan... 
...abang am dan isteri kesayangan....
...ku khairi sedang menjamu selera...hidangan kegemaran kami di pagi raya adalah ketupat pulut berserta kari daging....
....eiyoum (fahim) dan aisyah beraya di rumah nenek....
...sedondon...ku farizah bersama suami dan anak kesayangan...
...ku azril...banyak bagi duit raya tahun ini...
....ku aina dan ku farzana....
....aisyah dah kepenatan di samping makngah eina dan pakngah ein...
...anak bujang abg am...ku syafiq...
...ku amelia...anak bongsu kesayangan abg am & kak salmah....
....adik bongsuku...ku mardziyah...

Monday, August 29, 2011

Salam Aidil Fitri 1432H

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِا
لسلام عليك
Saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada keluarga tersayang, sanak saudara, sahabat handai serta seluruh umat islam sedunia. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap atau terkasar bahasa yang mungkin tidak disengajakan. Semoga kita dapat berjumpa, bersalaman dan bermaafan di hari mulia.....

Sunday, August 28, 2011

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran 17 Ramadhan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِا
لسلام عليك
Selamat menyambut Nuzul Quran buat seluruh umat Islam.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.
....Petikan dari Wikepedia.


Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan 1432H

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِا
لسلام عليكم
 Buat semua saudaraku yang dikasihi,
Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan keinsafan....

Maksud hadis Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda...
"Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu".

SEMOGA MENDAPAT KEREDAAN DAN KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T.

Monday, July 11, 2011

"Looking"

Looking at the book
I read it from the first page intently
All pages in the book I look
Till I feel tired and sleepy

Looking at the exam paper
I feel the questions are difficult
But I try to find the answer
To get the excellent result

Looking at the result paper
My result is excellent
I show it to my father and mother
They hug me and give me a present

Looking at the MRSM campus
I see many discipline students at noon
They look very polite and genius
I hope I can be like them too soon.

By : Ahmad Zaidi bin Mohd Hafiz

Tuesday, July 5, 2011

2 orang budak nakai

Inilah 2 orang budak nakai yang cerdik. Yang sorang suka kucing dan yang sorang lagi suka buat komik...

Ku Ahmad Irfan Fitri & Ku Muhammad Izzat dua bersaudara...

....2 orang budak nakai senyum kambing....

Friday, July 1, 2011

Bakal Imam Muda Tahun 2020

Tahniah buat Megat Syabil Azfar di atas pencapaian anugerah cemerlang peringkat Sekolah Agama. Syabil mendapat tempat pertama kelasnya. Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak untuk Syabil terus meningkatkan tahap pencapaian dan kecemerlangan yang lebih membanggakan.

...segaknya....inikah bakal Imam Muda Tahun 2020? Tidak mustahil kalau Syabil sentiasa rajin belajar, berdisiplin, taat pada Allah dan patuh pada kedua-dua mami dan ayah...