Monday, June 27, 2011

Wednesday, June 22, 2011

Durian dengan nasi

Makan durian dengan nasi adalah satu perkara yang mungkin pelik dan kelakar bagi sesetengah orang. Tapi bagi orang kedah macam kami, sudah menjadi kebiasaan dari kecil makan durian dengan nasi bercampur air garam. Rasanya sungguh lemak dan manis serta menyelerakan sekali. Kalau tak percaya cubalah sendiri...

....sekali sekala menikmati makan malam dengan sedikit kelainan...durian, nasi putih, air garam berserta air suam bercampur madu dengan air kopi sejuk (minuman petang punya)....hihihi

....menikmati makan durian dengan nasi membangkitkan nostalgia kami sewaktu membesar di kampung...ini sebahagian dari menu kami ketika dulu terutama pada musim durian...seronoknya ingat kenangan masa dulu kutip durian luruh di kampung...

Monday, June 20, 2011

Tahniah Azirah

Tahniah buat Shahrul Azirah kerana berjaya menamatkan pengajian di Politeknik Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam dan mendapat diploma di dalam pengkhususan Senggaraan Pesawat. Tahniah juga kerana menerima anugerah ketua jabatan.

Azirah menerima diploma pada Majlis Konvokesyen pada 17 Jun 2011. Foto konvokesyen tiada di sini untuk diabadikan sebagai kenangan...

Kehadiran ibu tersayang memberi semangat buat Azirah...

Untuk meraikan kejayaan Azirah kami menjamu selera di Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Taman Setiawangsa...

Sedapnya menikmati ikan siakap, ikan keli, ikan pari dan lala bakar bersama nasi putih serta sambal belacan dan ulam2an....

Monday, June 13, 2011

Lokasi Drama

Jangan tak percaya kediaman kami di no 33 wangsa budi 2 pernah menjadi lokasi penggambaran drama yang diarahkan oleh seorang pengarah drama terkenal iaitu Amie Maziah. Lebih menarik lagi ia dilakonkan oleh seorang pelakon terkenal dan memenangi anugerah bintang paling popular baru2 ini. Drama bertajuk "Janji Terbukti" dilakonkan oleh Syaheizy (Sam), Kathy Fauziah, Fathil Dani, Didie Alias dll.

Penggambaran dilakukan dalam tahun 2007 dan telah beberapa kali ditayangkan di saluran RTM. Masa itu aku tak kenal pun dengan sam tapi aku sempat bertegur sapa dengannya sambil bertanya namanya. Aku juga tidak tahu dia dan kathy fauziah adalah anak beranak. Sam seorang yang peramah dan sopan. Malang sekali aku tidak sempat mengambil gambarnya sebagai kenangan.

Sam membawa peranan seorang lelaki yang berkerja sebagai pembantu di rumah fathil dani yang ditinggal isteri. Fathil dani berjiran dengan kathy fauziah. Sam seorang yang rajin dan tidak memilih pekerjaan demi membiayai pengajiannya serta kehidupan adik2 dan neneknya.

....pengarah amie maziah...ala tomboy...

....kru sibuk membuat persiapan....membuat by pass talian elektrik dari kabel utama tanpa melalui kotak meter...kira curi elektrik la tu...oopps...jangan marah...

...pengarah dan kru...emmm...kuat merokok....

...seronok juga tengok orang buat drama...

....watak kathy fauziah sebagai tuan rumah di rumah kami....

....kami sempat melihat sedikit sebanyak teknik penggambaran drama...

....kathy fauziah berehat sambil menunggu untuk shooting...

...didie alias membawa watak sebagai pembantu rumah indonesia yang malas dan berkerjasama dengan perompak dan merompak di rumah majikannya kathy fauziah...

Penggambaran dilakukan dalam masa sehari dari jam 11 pagi hingga 2 pagi keesokan harinya. Sedikit cerita yang kurang enak apabila pihak produksi drama tidak menjelaskan bayaran yang dijanjikan sebagai sewa lokasi sehingga kini. Sebelumnya mereka berjanji akan membayar sebanyak RM300 sehari. Janji tinggal janji...padanlah dengan tajuk drama "Janji Terbukti"...ahakkks

Thursday, June 2, 2011

Yang masuk USIM

Pada 1 Jun 2011 kami menghadiri majlis pendaftaran kemasukan Ku Nur Yusrina (Yang) ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai N.Sembilan. Yang mengambil jurusan perakaunan.

...ibu dan adik turut sama menghantar cucu kesayangan...

....menunggu di luar Stadium Nilai, tempat berlangsungnya sesi pendaftaran pelajar baru USIM...

....ehsan, syabil pun ikut sama...

....dah penat menunggu di luar, kami masuk ke dalam stadium...

....syabil seronok duduk dalam stadium...

....yang dengan ibu dan ayah serta adiknya di bilik hostel...

....kesedihan di sebalik senyuman yang bila terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang...

...marhaini & syabil...

...kolej kediaman nilam court blok E1 terletak berdekatan dengan pusat beli belah nilai 3...

....ku nur yusrina, bakal menjadi akauntan berjaya dan menjadi kebanggaan keluarga suatu hari nanti...

....kampus USIM, pandangan dari lebuhraya utara-selatan...

Tahniah...kepada Yang, selamat menempuh cabaran kehidupan sebagai pelajar universiti. Semoga berjaya mengharungi perjalanan penuh ranjau dalam mengejar ilmu. Jangan sia-siakan harapan ibu dan ayah serta keluarga...Dan jangan lupa diri...

Tidak ketinggalan diucapkan tahniah juga buat Ku Ahmad Akmal kerana berjaya mejejakkan kaki ke UiTM Permatang Pauh...dengar kata mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal...