Monday, September 9, 2013

Lambaian Tanah Suci Mekah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Musim haji tiba lagi...Bertuahlah sesiapa yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah. Kota suci Mekah dan Madinah akan menyambut dan menyaksikan jutaan umat Islam seluruh dunia menyempurnakan rukun islam yang ke5 ini.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadat haji buat semua umat islam dan yang teristimewa buat anak saudaraku Sharuliza bersama suaminya Musyiri. Doaku mengiringi kalian berdua agar dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna dan memperolehi haji mabrur. Semoga kalian tabah dalam mengharungi dugaan dan ujian ALLAH di kala menjalankan seruanNya.

Selamat pergi dan selamat kembali dengan penuh ketakwaan serta mendapat segala hidayah daripada ALLAH swt.

Saturday, August 31, 2013

Honda Civic Air-Cond Service

Sejak lebih setahun lalu kereta ku sering mengalami masalah air-cond. Pertama kali air-cond start buat perangai pada awal 2012, masa tu tak tau apa problemnya, aku cuma pergi tambah gas saja. Lepas sebulan dah panas balik...mungkin dah kena pergi servis. Sebenarnya masa tu tak tau mana nak tuju just redah jer...

Pergilah aku ke sebuah workshop kat taman melawati sebab kat luar kedai tu ada signboard tulis "air-cond service"...rupanya lebih kepada kedai menjual aksesori kereta. Sebab dah masuk terpaksalah aku cerita kat mekanik di situ apa masalahku. Dia kata kena buka tengok dulu...diorang cuci filter, tukar expansion valve, receiver dryer dan refill gas dengan caj sebanyak RM415. Harap2 lepas tu okay lah...

Tak sampai dua bulan lepas tu air-cond buat perangai lagi...Masa tu aku fikir yang workshop yang aku pergi tu dah salah mendiagnosis masalah air-cond keretaku. Cara mereka pun tak nampak mereka tu pakar dalam soal kerja repair air-cond ni....

Balik rumah mulalah google kat internet mana nak cari mekanik yang baik. Adalah juga testimoni yang bagus untuk workshop tertentu kat area kl. Tapi banyak kat area yang aku tak berapa familiar...dah tu malaslah nak meredah traffic jam untuk cari tempat2 tu.

Suatu pagi sabtu aku ke Denso Service Centre, Glenmarie Shah Alam. Malang sekali workshop tutup pada hari sabtu. Macamana ni?...seboleh2nya aku mahu selesaikan masalah aku hari tu juga. Dah tak tahan panas sauna dalam kereta...Dari seorang staff kat denso ni dia rekomen seorang kawannya yang berkerja di sebuah workshop berhampiran. Dia memberi no telefon budak mekanik ni...melayu...khairul namanya.

Selepas menelefon khairul, aku pun bergegas ke workshop tempat dia bekerja...torco car cooler & auto service...First impression memanglah tak begitu yakin dengan budak ni. Dia buka dan mendiagnosis...cekap jugak budak ni...dia tukar compressor set pulley berserta kerja2 servis biasa yang lain serta refill gas dan dia caj aku sebanyak RM430. Kat workshop ni hanya terima bayaran tunai sahaja. Masa tu tak cukup cash yang aku bawa dan terpaksa ke ATM di sebuah stesen minyak berhampiran.

Lepas setahun air cond buat perangai pulak...Aku merasakan ada kebocoran sebab dapat menghidu bau gas. Aku pergi balik ke torco service. Aku tidak menemui khairul lagi kerana dia dah pun berhenti kerja. yang ada seorang penggantinya yang juga seorang melayu baru saja mula berkerja. Dia menelefon bosnya seorang cina...kelvin namanya dan dia datang beberapa minit kemudian. Dia tak dapat detect kat mana kebocoran berlaku. Dia cadangkan aku servis biasa dan ditambah dengan leak detector dye. Dia cadangkan aku datang balik selepas sebulan untuk mengenal pasti tempat yang bocor.

Selepas 5 bulan aku kembali ke workshop tu...Masa tu air-cond dah tak sejuk dan bau gas yang sangat tidak menyenangkan. Kali ni aku datang khairul dah masuk kerja balik. Khairul dan kelvin memeriksa keretaku. Dari leak detector dye yang dimasukkan sebelum ni mereka dapat mengesan kat mana kebocoran berlaku. Kat bahagian yang bocor akan kelihatan kesan warna hijau dan bahagian tu adalah cooling coil.

Lepas berbincang mengenai harga spare part yang perlu diganti aku bersetuju dengan harga lump sum RM800 untuk cooling coil (bukan ori), expansion valve, blower micro filter berserta lain2 air-cond system service dan refill gas. Tak tau lah patut atau tidak dengan harga tu...cuma yang aku harap selepas ni tak ada lagi problem air-cond kereta aku...
rupa cooling coil yang asal dengan yang baru berserta expansion valve 


Monday, August 12, 2013

Aidil Fitri 2013

salam pagi raya selepas menunaikan solat sunat aidil fitri...abg am bersama isteri tercinta serta anakanda syafiq
senyum pagi raya...farizah dan azril
rezeki duit raya...diana dan anakanda imran
salam pagi raya ke 2...
 bonda bersama anak2, menantu, cucu dan cicit
tanah perkuburan islam kampung hilir...bersih dan terpelihara...terimakasih kepada pihak2 yang bertanggungjawap menjaganya
menziarahi pusara ayahanda
bonda kelihatan sayu di pusara arwah yang masih dirinduinya...
with beloved mother and lovely sisters
dengan ku adnan dan famili...
peace for our family, our nation, for egypt and for entire world...from syabil and syafiq
di depan villa titi gajah...
ku farizah dengan suami dan anakanda kesayangan
dengan tuan rumah...abg hafiz
bonda dengan roslina dan nurul aisyah
raya ke 5...masak dan makan2 ditaja oleh zul dan farizah
sharuliza dan famili yang baru balik dari kuching

Tuesday, July 16, 2013

Gambar2 percutian di Shanghai - Day 5

at yuyuan garden, a cultural street market
at yuyuan market


a food kiosk with halal logo
nice and beautiful traditional architecture 
jalan2 cari tempat jual sutera china 
beli souvenir untuk dibawa pulang

Sunday, July 14, 2013

Gambar2 percutian di Shanghai 2013 - Day 4


a very good morning near a sculpture at people's square
near people's square...flowers still blooming...
people's square
at shanghai urban planning exhibition hall
visit shanghai urban planning exhibition hall...entry fees Y150 (package inclusive madame tussauds) 
a very impressive artistic model of central shanghai
the model of downtown area of central shanghai covers an area of 600m sq, at 1:500 scale 
lunch time...hari ke 4 baru jumpa restoran ni...northwest cuisine restoran terletak di 589, hankou road/zhejiang road, shanghai
a two storey shop lot..
halal certification by malaysia and asia region halal food council international
udang goreng dengan kentang...yummy
daging lembu goreng
cauliflower goreng
batang kailan goreng
dessert...cucur labu
enjoy eating very much
visit madame tussauds...with 'tiger woods'
with 'tom cruise'
with 'marilyn monroe'
with 'ronaldo'
with 'arnold schwarzenneger'
with 'princess diana' 

Sunday, June 23, 2013

Gambar2 percutian di Shanghai 2013 - Day 3

Hari ke 3 kami ke wuzhen ancient water village. Kami membeli tiket di tour bus station berdekatan shanghai stadium dan caoxi road metro station. Bayaran untuk pakej tambang bas berserta bayaran masuk ke wuzhen water village adalan Y165/pax. Perjalanan mengambil masa lebihkurang 1 jam setengah.
pintu gerbang...suasana agak lembab dengan hujan renyai2...
perkampungan traditional yang terpelihara...sungai yang bersih...
lepas shopping...borong beli selendang yang cantik dan berwarna-warni...
terdapat perushaan mencetak dan mencelup warna berasaskan pokok indigo....nice..



di dalam tempat perusahaan mencetak dan mencelup warna 


 
berehat sekejap selepas penat berjalan...