Saturday, June 2, 2012

Gambar Cuti2 Melbourne - Day 3

jadual kami pagi ini bermula dengan lawatan ke malaysia hall, high street melbourne... malaysia hall ini terletak kira2 800m jaraknya dari stanton apartment, tempat penginapan kami..kami berjalan kaki sambil menikmati sinar pagi yang nyaman..
....di malaysia hall...kami disambut mesra oleh seorang pegawai yang dikenali dengan nama en din (tak ingat nama penuhnya)... dia menerangkan serba sedikit berkaitan operasi malaysia hall di sini...
...di malaysia hall terdapat lebih 30 bilik yang boleh disewa, keutamaan terhad diberi kepada pelajar2 universiti di sini....terdapat hanya beberapa bilik saja yang boleh disewa oleh orang awam dengan harga lebih kurang $12/nite per pax...
keceriaan di wajah
lunch kat es teller 77, swanston street, melbourne, sebuah restoran indonesia...
menikmati keenakan menu nasi wuduk (nasi putih, ayam goreng, telur dadar dan sup), jus apukat (jus avocado) dan air soda gumbira (ice cream soda)...harga nasi wuduk $9.90 sepinggan...sedappp...
singgah solat jamak zohor & asar di islamic centre di lonsdale street....
berlatar belakangkan bangunan yang cantik senibinanya...tak pasti bangunan apa itu...st. patrick's cathedral

berjalan2 di fitzroy gardens...pokok maple di belakang yang menjadi lambang australia...
di musim luruh, disinari matahari yang terik namun nyaman dan dingin...
...enjoy...
di hadapan conservatory building...
di hadapan conservatory building...terdapat tanaman dan bunga2an tropika di dalamnya...
di atas pedestrian bridge melintasi yarra river
program petang dan malam ini adalah menaiki bangunan eureka skydeck yang berketinggian 88 tingkat....bayaran sebanyak $17/pax dikenakan....
menikmati panorama dan keindahan kota melbourne dari tingkat 88 eureka skydeck..cantik...
berjalan2 di bourke street sambil menunggu tram...

2 comments: