Saturday, June 2, 2012

Gambar Cuti2 Melbourne - Day 1 & 2

hari yang dinanti tiba jua...menunggu penerbangan di lcct...baru nak test kamera ok ke tak...sambil menunggu azril selesai urusan check-in....
selepas sarapan pagi dengan menu nasi lemak di bangi tadi kami bertolak ke lcct pukul 10 pg dengan menaiki 2 teksi...taxi fare RM60x2=RM120...perjalanan mengambil masa lebihkurang 45 minit...selesai check-in dan sementara menunggu masa untuk boarding kami pekena mcD dulu...perut masih kenyang lagi maklumlah dah sarapan berat kat rumah tadi...selesai makan, dah hampir waktu boarding kami bergegas mengambil wuduk untuk kami solat masa dalam penerbangan....
pukul 1 tengahari kami boarding dan flight take off pukul 1.40 tghari...penerbangan mengambil masa lebihkurang 8 jam...sebaik saja take off kami terus menunaikan solat jamak zohor dan asar sambil duduk...tidak lama kemudian kami dihidangkan dengan menu makan tengahari yang telah dipesan masa membeli tiket dulu...makanan tersebut tidak terus dimakan kerana perut masih kenyang, sebaliknya disimpan untuk dinner...kami selamat mendarat di airport tullmarine melbourne lebihkurang pukul 11.15 mlm waktu melbourne, masa kita di malaysia pukul 9.15 iaitu 2 jam lewat...dari airport kami menaiki sebuah van taxi yang dipandu oleh seorang arab keturunan syria kalau tak silap...taxi fare from airport to stanton apartment, st kilda street was $98...
pagi hari pertama di melbourne...sungguh sejuk dan nyaman, cuaca lebih kurang 9 deg.celcius...masing2 dah rasa sejuk sampai ke tulang tapi azril nak mencabar diri dengan kesejukan...tengoklah sampai mana dia boleh tahan...hihihi...program pagi ini free and easy....
menaiki tram dari st kilda station ke melbourne city...perkhidmatan pengangkutan awam yang sungguh efisien...for 2 hours within zone 1 the fare is $4...we pay for daily fare at $7.60 per pax...naiklah berapa kali pun dan kemana2 pun dalam lingkungan zone 1...sungguh mudah cuma satu hal yang agak kurang memuaskan adalah kami terpaksa menggunakan syiling untuk membeli tiket... 
di flinders street tengah tunggu city circle tram...
perkhidmatan percuma city circle tram....kalaulah perkhidmatan begini ada di kl...
jalan2 di melbourne...hujan gerimis...
singgah lunch kat briyani house, king street...indian halal restaurant...
menikmati briyani kambing dan ayam...harga untuk sepinggan $9.90...order 5 pinggan untuk 7 orang makan pun tak boleh habis...tapau bawa balik....
art sculpture at new quay promenade....
at docklands victoria harbour....
statue on the walk of stars at water front city, docklands.....
water front city marina...

2 comments: