Saturday, June 2, 2012

Gambar Cuti2 Melbourne - Day 4

menaiki keretapi dari flinders street station menuju ke belgrave kira2 1 jam perjalanan...sistem tambang bersepadu 'myki' boleh digunakan bagi perjalanan dengan keretapi, tram atau bas...daily fare for zone 2 is $11.90
tujuan kami ke belgrave adalah untuk ke puffing billy serta menikmati pengalaman menaiki keretapi yang digunakan zaman dulu yang masih menggunakan arang sebagai bahanapi...entry fees $40 per pax
waktu tengahari tiba di puffing billy...suasana di sini lebih dingin dan nyaman...
hihihi...kelakarnya...animasi kartun thomas and friends adalah adaptasi dari puffing billy
wajah2 yang segar diabadikan di daerah yang masih terpelihara alam semulajadinya

train berhenti seketika di menzies creek station memberi kesempatan pengunjung2 menikmati keindahan di sini
sungguh sejuk di sini sehingga terpaksa memakai sarung tangan...

train dah mula bergerak
bergambar di kepala keretapi bersama pemandunya...sesuatu yang menarik di sini adalah kebanyakan pekerjanya adalah dari golongan warga emas yang masih bertenaga yang bekerja secara sukarela...
train merentasi hutan..sungguh segar
sampai di emerald sebuah pekan kecil...train station yang terakhir di sini... 
sementara menunggu train bergerak kembali ke belgrave, kami sempat beli buah2an di pasar di emerald
di emerald
keindahan hutan di sepanjang perjalanan
boleh duduk berjuntai kaki di tingkap
so excited....
kepala keretapi
menikmati fish & chips yang dibeli di emerald...nyam..nyamm..nyammm
pekan kecil emerald
di emerald...

Gambar Cuti2 Melbourne - Day 3

jadual kami pagi ini bermula dengan lawatan ke malaysia hall, high street melbourne... malaysia hall ini terletak kira2 800m jaraknya dari stanton apartment, tempat penginapan kami..kami berjalan kaki sambil menikmati sinar pagi yang nyaman..
....di malaysia hall...kami disambut mesra oleh seorang pegawai yang dikenali dengan nama en din (tak ingat nama penuhnya)... dia menerangkan serba sedikit berkaitan operasi malaysia hall di sini...
...di malaysia hall terdapat lebih 30 bilik yang boleh disewa, keutamaan terhad diberi kepada pelajar2 universiti di sini....terdapat hanya beberapa bilik saja yang boleh disewa oleh orang awam dengan harga lebih kurang $12/nite per pax...
keceriaan di wajah
lunch kat es teller 77, swanston street, melbourne, sebuah restoran indonesia...
menikmati keenakan menu nasi wuduk (nasi putih, ayam goreng, telur dadar dan sup), jus apukat (jus avocado) dan air soda gumbira (ice cream soda)...harga nasi wuduk $9.90 sepinggan...sedappp...
singgah solat jamak zohor & asar di islamic centre di lonsdale street....
berlatar belakangkan bangunan yang cantik senibinanya...tak pasti bangunan apa itu...st. patrick's cathedral

berjalan2 di fitzroy gardens...pokok maple di belakang yang menjadi lambang australia...
di musim luruh, disinari matahari yang terik namun nyaman dan dingin...
...enjoy...
di hadapan conservatory building...
di hadapan conservatory building...terdapat tanaman dan bunga2an tropika di dalamnya...
di atas pedestrian bridge melintasi yarra river
program petang dan malam ini adalah menaiki bangunan eureka skydeck yang berketinggian 88 tingkat....bayaran sebanyak $17/pax dikenakan....
menikmati panorama dan keindahan kota melbourne dari tingkat 88 eureka skydeck..cantik...
berjalan2 di bourke street sambil menunggu tram...

Gambar Cuti2 Melbourne - Day 1 & 2

hari yang dinanti tiba jua...menunggu penerbangan di lcct...baru nak test kamera ok ke tak...sambil menunggu azril selesai urusan check-in....
selepas sarapan pagi dengan menu nasi lemak di bangi tadi kami bertolak ke lcct pukul 10 pg dengan menaiki 2 teksi...taxi fare RM60x2=RM120...perjalanan mengambil masa lebihkurang 45 minit...selesai check-in dan sementara menunggu masa untuk boarding kami pekena mcD dulu...perut masih kenyang lagi maklumlah dah sarapan berat kat rumah tadi...selesai makan, dah hampir waktu boarding kami bergegas mengambil wuduk untuk kami solat masa dalam penerbangan....
pukul 1 tengahari kami boarding dan flight take off pukul 1.40 tghari...penerbangan mengambil masa lebihkurang 8 jam...sebaik saja take off kami terus menunaikan solat jamak zohor dan asar sambil duduk...tidak lama kemudian kami dihidangkan dengan menu makan tengahari yang telah dipesan masa membeli tiket dulu...makanan tersebut tidak terus dimakan kerana perut masih kenyang, sebaliknya disimpan untuk dinner...kami selamat mendarat di airport tullmarine melbourne lebihkurang pukul 11.15 mlm waktu melbourne, masa kita di malaysia pukul 9.15 iaitu 2 jam lewat...dari airport kami menaiki sebuah van taxi yang dipandu oleh seorang arab keturunan syria kalau tak silap...taxi fare from airport to stanton apartment, st kilda street was $98...
pagi hari pertama di melbourne...sungguh sejuk dan nyaman, cuaca lebih kurang 9 deg.celcius...masing2 dah rasa sejuk sampai ke tulang tapi azril nak mencabar diri dengan kesejukan...tengoklah sampai mana dia boleh tahan...hihihi...program pagi ini free and easy....
menaiki tram dari st kilda station ke melbourne city...perkhidmatan pengangkutan awam yang sungguh efisien...for 2 hours within zone 1 the fare is $4...we pay for daily fare at $7.60 per pax...naiklah berapa kali pun dan kemana2 pun dalam lingkungan zone 1...sungguh mudah cuma satu hal yang agak kurang memuaskan adalah kami terpaksa menggunakan syiling untuk membeli tiket... 
di flinders street tengah tunggu city circle tram...
perkhidmatan percuma city circle tram....kalaulah perkhidmatan begini ada di kl...
jalan2 di melbourne...hujan gerimis...
singgah lunch kat briyani house, king street...indian halal restaurant...
menikmati briyani kambing dan ayam...harga untuk sepinggan $9.90...order 5 pinggan untuk 7 orang makan pun tak boleh habis...tapau bawa balik....
art sculpture at new quay promenade....
at docklands victoria harbour....
statue on the walk of stars at water front city, docklands.....
water front city marina...

Thursday, May 31, 2012