Thursday, June 2, 2011

Yang masuk USIM

Pada 1 Jun 2011 kami menghadiri majlis pendaftaran kemasukan Ku Nur Yusrina (Yang) ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai N.Sembilan. Yang mengambil jurusan perakaunan.

...ibu dan adik turut sama menghantar cucu kesayangan...

....menunggu di luar Stadium Nilai, tempat berlangsungnya sesi pendaftaran pelajar baru USIM...

....ehsan, syabil pun ikut sama...

....dah penat menunggu di luar, kami masuk ke dalam stadium...

....syabil seronok duduk dalam stadium...

....yang dengan ibu dan ayah serta adiknya di bilik hostel...

....kesedihan di sebalik senyuman yang bila terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang...

...marhaini & syabil...

...kolej kediaman nilam court blok E1 terletak berdekatan dengan pusat beli belah nilai 3...

....ku nur yusrina, bakal menjadi akauntan berjaya dan menjadi kebanggaan keluarga suatu hari nanti...

....kampus USIM, pandangan dari lebuhraya utara-selatan...

Tahniah...kepada Yang, selamat menempuh cabaran kehidupan sebagai pelajar universiti. Semoga berjaya mengharungi perjalanan penuh ranjau dalam mengejar ilmu. Jangan sia-siakan harapan ibu dan ayah serta keluarga...Dan jangan lupa diri...

Tidak ketinggalan diucapkan tahniah juga buat Ku Ahmad Akmal kerana berjaya mejejakkan kaki ke UiTM Permatang Pauh...dengar kata mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal...

No comments:

Post a Comment