Monday, June 13, 2011

Lokasi Drama

Jangan tak percaya kediaman kami di no 33 wangsa budi 2 pernah menjadi lokasi penggambaran drama yang diarahkan oleh seorang pengarah drama terkenal iaitu Amie Maziah. Lebih menarik lagi ia dilakonkan oleh seorang pelakon terkenal dan memenangi anugerah bintang paling popular baru2 ini. Drama bertajuk "Janji Terbukti" dilakonkan oleh Syaheizy (Sam), Kathy Fauziah, Fathil Dani, Didie Alias dll.

Penggambaran dilakukan dalam tahun 2007 dan telah beberapa kali ditayangkan di saluran RTM. Masa itu aku tak kenal pun dengan sam tapi aku sempat bertegur sapa dengannya sambil bertanya namanya. Aku juga tidak tahu dia dan kathy fauziah adalah anak beranak. Sam seorang yang peramah dan sopan. Malang sekali aku tidak sempat mengambil gambarnya sebagai kenangan.

Sam membawa peranan seorang lelaki yang berkerja sebagai pembantu di rumah fathil dani yang ditinggal isteri. Fathil dani berjiran dengan kathy fauziah. Sam seorang yang rajin dan tidak memilih pekerjaan demi membiayai pengajiannya serta kehidupan adik2 dan neneknya.

....pengarah amie maziah...ala tomboy...

....kru sibuk membuat persiapan....membuat by pass talian elektrik dari kabel utama tanpa melalui kotak meter...kira curi elektrik la tu...oopps...jangan marah...

...pengarah dan kru...emmm...kuat merokok....

...seronok juga tengok orang buat drama...

....watak kathy fauziah sebagai tuan rumah di rumah kami....

....kami sempat melihat sedikit sebanyak teknik penggambaran drama...

....kathy fauziah berehat sambil menunggu untuk shooting...

...didie alias membawa watak sebagai pembantu rumah indonesia yang malas dan berkerjasama dengan perompak dan merompak di rumah majikannya kathy fauziah...

Penggambaran dilakukan dalam masa sehari dari jam 11 pagi hingga 2 pagi keesokan harinya. Sedikit cerita yang kurang enak apabila pihak produksi drama tidak menjelaskan bayaran yang dijanjikan sebagai sewa lokasi sehingga kini. Sebelumnya mereka berjanji akan membayar sebanyak RM300 sehari. Janji tinggal janji...padanlah dengan tajuk drama "Janji Terbukti"...ahakkks

No comments:

Post a Comment