Friday, February 15, 2013

Manjakan diri di Tini's Spa

Salam....
Cuti tahun baru cina yang panjang amatlah menyeronokkan aku....ofis tutup 9 hari wooo...Begitulah setiap kali raya cina di tempat aku kerja...biasanya masa cuti raya cina ni aku balik kampung tapi kali ni tak balik sebab aku baru je balik 3 minggu lepas. Memang best la rasanya memalaskan diri selama seminggu ni...

Inilah masanya nak memanjakan diri sikit...mana lagi tempatnya kalau bukan ke spa...dah mula jadi gaya hidup aku sekarang ni...cewahh...mulanya tak tau nak pilih ke spa mana...aku pun google la kat internet...banyak gak la spa kat area wangsa maju yang menawarkan pakej menarik..tapi kebanyakan tak menyebut produk yang mereka guna untuk buat facial treatment.

Dalam banyak2 pilihan aku tertarik dengan Tini's spa kerana ia menawarkan rawatan menggunakan produk dermalogica. Aku bukan biasa sangat dengan produk ni, tapi last facial treatment yang aku buat menggunakan produk ni.

Temujanji aku buat pada pukul 2 ptg. Tini's spa ni dah ada beberapa cawangan dengan cawangan terbaru yang aku nak pergi ni terletak di plaza crystalville, danau kota setapak.

 
Bila aku sampai aku disambut oleh seorang junior beautician yang muda dalam lingkungan umur awal 20an. Dia yang menjawap panggilan masa aku buat appointment tadi. Atie namanya. Aku agak kurang yakin dengannya yang aku kira pasti kurang pengalaman. Tapi gayanya lembut dan bersungguh2...Aku ni bukan jenis yang cerewet sangat. Setelah berunding aku bersetuju untuk membeli pakej spa 'body pamper' yang bernilai RM218 untuk 2 jam.  Untuk rawatan muka aku memilih untuk 'anti-ageing treatment' bernilai RM258 tapi ditawarkan separuh harga. Jadi aku cuma perlu bayar RM129 sahaja.
Suasana di dalam spa sunyi dengan alunan muzik instrumental klasik. Untuk memulakan sesi rawatan, aku diarahkan menanggalkan pakaian dan disuruh memakai hanya kain batik panjang yang disediakan di bilik persalinan. Di sini juga disediakan ruang untuk solat.

Kemudian aku dibawa memasuki ruangan yang hanya diterangi cahaya lilin. Memang rasa macam nak tidur je kat bilik ni....Rawatan dimulai dengan 'aromatheraphy body massage'. Atie yang kecik molek tu melakukannya dengan melumurkan minyak dengan haruman serai. Atie ni walaupun kecik boleh tahan dia punya urutannya. Dia kata badan aku banyak angin dan urat tegang...

Lepas satu jam massage aku dibawa ke ruangan untuk sauna pula. Dengan badan yang masih berminyak aku disauna selama 20 minit. Memang la panas berwap2...adoiyai...

Kemudian yang paling aku suka 'body scrub' dengan haruman green tea. Atie menyental seluruh badanku. Terasa habis tanggal segala sel kulit kering dan matiku...
Lepas 'body scrub' berendam dalam tub ni selama lebih kurang 15 minit untuk 'herbal bath'. Very relaxing. Dah sudah tu bilas la...Siap dah sesi rawatan spa aku...
Sesi berikutnya adalah 'anti-ageing facial treatment'. Kulit muka aku ni jenis kering dan sensitif.  Inilah ruang dan peralatan dengan mesin2nya yang up to date.

Ini pula produk yang digunakan untuk aku.

1. Mula2 precleanse then skin resurfacing cleanser. Kira double cleansing la...
2. Kemudian exfoliant accelerator. Agak gatal dan pedih sikit masa atie apply benda ni kat muka aku.
3. Lepas tu dia vacum.
4. Dah tu hot steam machine dihalakan kemukaku untuk beberapa minit. Proses ini untuk membuka liang2 pori secara lebih berkesan.
5. Selanjutnya proses extraction yang agak menyakitkan. Dikerjakan muka aku untuk mengeluarkan white/black head. Sakit giler...sampai meleleh air mata...
6. Kemudian dipasangkan semacam mesin yang mengalirkan current ke mukaku. Terasalah macam kena sikit electric shock. Tak taulah macamana rupa mesin tu sebab mata sentiasa ditutup.
7. Dah tu atie apply 'multivitamin power recovering masque'.
8. Lepas tu dia spray antioxidant hydramist. Ini macam toner la...
9. Moisturizer.
10. Lastly eye cream.

Demikian siap sudah facialku. Aku harap betul lah treatment process di atas. Aku tak ingat sangat semua prosesnya...

Dah habis tu aku disuruh mengisi borang untuk suggestion/comment dan dikehendaki mencadangkan 2 nama. Aku telah mencadangkan nama seorang kakak aku dan juga seorang teman baik (kira bff la)...Layan la kalau ada orang call nanti ye...jangan marah...Untuk itu mereka memberi free voucher and i chose for free eye treatment.

Si atie ni mulalah dok promote aku untuk membeli tawaran2 pakej spa mereka. Aku tak berminat pun. Disebabkan aku memang nak guna terus produk dermalogica ni aku pun minta atie suggest mana yang sesuai untuk aku.

1. Skin resurfacing cleanser
2. Daily microfoliant
3. Anti oxidant hydramist
4. Super rich repair
5. Overnight repair serum

Mereka memberi aku lucky draw dan aku menerima free ultracalming facial treatment kerana membeli produk mereka.

Demikianlah pengalaman aku kat Tini's spa. Dah 3 hari berlalu selepas menggunakan produk ni. In sya allah nanti aku update lagi untuk melihat kesannya....bye bye semua....


2 comments: