Saturday, August 31, 2013

Honda Civic Air-Cond Service

Sejak lebih setahun lalu kereta ku sering mengalami masalah air-cond. Pertama kali air-cond start buat perangai pada awal 2012, masa tu tak tau apa problemnya, aku cuma pergi tambah gas saja. Lepas sebulan dah panas balik...mungkin dah kena pergi servis. Sebenarnya masa tu tak tau mana nak tuju just redah jer...

Pergilah aku ke sebuah workshop kat taman melawati sebab kat luar kedai tu ada signboard tulis "air-cond service"...rupanya lebih kepada kedai menjual aksesori kereta. Sebab dah masuk terpaksalah aku cerita kat mekanik di situ apa masalahku. Dia kata kena buka tengok dulu...diorang cuci filter, tukar expansion valve, receiver dryer dan refill gas dengan caj sebanyak RM415. Harap2 lepas tu okay lah...

Tak sampai dua bulan lepas tu air-cond buat perangai lagi...Masa tu aku fikir yang workshop yang aku pergi tu dah salah mendiagnosis masalah air-cond keretaku. Cara mereka pun tak nampak mereka tu pakar dalam soal kerja repair air-cond ni....

Balik rumah mulalah google kat internet mana nak cari mekanik yang baik. Adalah juga testimoni yang bagus untuk workshop tertentu kat area kl. Tapi banyak kat area yang aku tak berapa familiar...dah tu malaslah nak meredah traffic jam untuk cari tempat2 tu.

Suatu pagi sabtu aku ke Denso Service Centre, Glenmarie Shah Alam. Malang sekali workshop tutup pada hari sabtu. Macamana ni?...seboleh2nya aku mahu selesaikan masalah aku hari tu juga. Dah tak tahan panas sauna dalam kereta...Dari seorang staff kat denso ni dia rekomen seorang kawannya yang berkerja di sebuah workshop berhampiran. Dia memberi no telefon budak mekanik ni...melayu...khairul namanya.

Selepas menelefon khairul, aku pun bergegas ke workshop tempat dia bekerja...torco car cooler & auto service...First impression memanglah tak begitu yakin dengan budak ni. Dia buka dan mendiagnosis...cekap jugak budak ni...dia tukar compressor set pulley berserta kerja2 servis biasa yang lain serta refill gas dan dia caj aku sebanyak RM430. Kat workshop ni hanya terima bayaran tunai sahaja. Masa tu tak cukup cash yang aku bawa dan terpaksa ke ATM di sebuah stesen minyak berhampiran.

Lepas setahun air cond buat perangai pulak...Aku merasakan ada kebocoran sebab dapat menghidu bau gas. Aku pergi balik ke torco service. Aku tidak menemui khairul lagi kerana dia dah pun berhenti kerja. yang ada seorang penggantinya yang juga seorang melayu baru saja mula berkerja. Dia menelefon bosnya seorang cina...kelvin namanya dan dia datang beberapa minit kemudian. Dia tak dapat detect kat mana kebocoran berlaku. Dia cadangkan aku servis biasa dan ditambah dengan leak detector dye. Dia cadangkan aku datang balik selepas sebulan untuk mengenal pasti tempat yang bocor.

Selepas 5 bulan aku kembali ke workshop tu...Masa tu air-cond dah tak sejuk dan bau gas yang sangat tidak menyenangkan. Kali ni aku datang khairul dah masuk kerja balik. Khairul dan kelvin memeriksa keretaku. Dari leak detector dye yang dimasukkan sebelum ni mereka dapat mengesan kat mana kebocoran berlaku. Kat bahagian yang bocor akan kelihatan kesan warna hijau dan bahagian tu adalah cooling coil.

Lepas berbincang mengenai harga spare part yang perlu diganti aku bersetuju dengan harga lump sum RM800 untuk cooling coil (bukan ori), expansion valve, blower micro filter berserta lain2 air-cond system service dan refill gas. Tak tau lah patut atau tidak dengan harga tu...cuma yang aku harap selepas ni tak ada lagi problem air-cond kereta aku...
rupa cooling coil yang asal dengan yang baru berserta expansion valve 


Monday, August 12, 2013

Aidil Fitri 2013

salam pagi raya selepas menunaikan solat sunat aidil fitri...abg am bersama isteri tercinta serta anakanda syafiq
senyum pagi raya...farizah dan azril
rezeki duit raya...diana dan anakanda imran
salam pagi raya ke 2...
 bonda bersama anak2, menantu, cucu dan cicit
tanah perkuburan islam kampung hilir...bersih dan terpelihara...terimakasih kepada pihak2 yang bertanggungjawap menjaganya
menziarahi pusara ayahanda
bonda kelihatan sayu di pusara arwah yang masih dirinduinya...
with beloved mother and lovely sisters
dengan ku adnan dan famili...
peace for our family, our nation, for egypt and for entire world...from syabil and syafiq
di depan villa titi gajah...
ku farizah dengan suami dan anakanda kesayangan
dengan tuan rumah...abg hafiz
bonda dengan roslina dan nurul aisyah
raya ke 5...masak dan makan2 ditaja oleh zul dan farizah
sharuliza dan famili yang baru balik dari kuching