Friday, May 20, 2011

Happy Moment


Entry ini dimasukkan sebagai tanda rasa kerinduanku pada abang am sekeluarga yang jauh...Momen di atas akan sentiasa diabadikan sebagai kenangan terindah...Doaku abang sekeluarga sihat dan diberi ketabahan serta kekuatan oleh Allah dengan setiap dugaan yang dilalui...amin

Friday, May 13, 2011

Anniversary

HAPPY 13TH ANNIVERSARY
KU ADNAN & ROSLINA
13.5.2011
***************************

Tuesday, May 10, 2011

MAHA International 2010

MAHA merupakan singkatan kepada Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show 2010. MAHA INTERNATIONAL 2010 diadakan di Malaysia Agro-Exposition Park (MAEPS) Serdang dekat dengan ibupejabat MARDI di Serdang Selangor. Pameran dwitahunan produk pertanian terbesar yang diadakan dari 26 nov-5 dis 2010.

...seawal pukul 8.30 pagi 27 nov 2010 kami dah bertolak ke tapak pameran...ingatkan orang belum ramai...tapi setibanya kami di jalan masuk maeps kereta dah beratur panjang...sejam juga kami terperangkap dalam kesesakan...

...tapak pameran maeps ni punya lah luas...dari tempat parkir kami menggunakan pengangkutan yang disediakan...ini lah dia...syabil punya excited nak naik tractor...

....tempat tanaman tembikai susu...sebenarnya kawasan ini tidak dibenarkan masuk, tapi kami tak perasan ada notis larangan di pintu masuk...kena hambat keluar tapi nasib sempat ambil gambar...

....sayur-sayuran dalam pasu...subur dan cantik....

....kat sini paling menarik perhatian...labu air, petola dan timun yang besar dan panjang...

....tengok lah tu petola dan labu air...rasa nak petik saja tapi tak dibenarkan...

....lawatan ke sini memberi satu pengalaman yang indah....

...masa ini pihak terlibat tengah buat persiapan untuk menyambut ketibaan perdana menteri lalu di kawasan ni...

....di taman herba....

....di taman herba...

....sungguh luas dan indah kawasan ini...dilengkapi rumah bagi setiap negeri...

....syabil di dalam rumah johor...

Kami menghabiskan masa dari pagi hingga ke petang di sini. Masih banyak lagi yang boleh dilihat tapi tak sempat nak tengok semua. Luas dan banyaknya ruang pameran hingga keletihan kami dibuatnya. Kami ingin sekali melihat dan membeli pokok2 bunga yang cantik, namun dek kerana hujan lebat, tak dapatlah kami nak tengok. Hasrat hati ingin satu hari membawa ibu ke sini...inyaallah tahun 2012 nanti jumpa lagi...

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

SELAMAT HARI IBU
BUAT SEMUA IBU-IBU....
SEMOGA MENJADI IBU SOLEHAH DAN DIRAHMATI ALLAH...
TERISTIMEWA BUAT IBUKU TERSAYANG PUAN HJH ZAINAB HJ AWANG...
"IBU ADALAH ANUGERAH ALLAH YANG TAK TERNILAI BAGI KAMI ANAK2MU...BERBAHAGIALAH IBU SELALU..."

Friday, May 6, 2011

Generasi termuda

...ini adalah generasi termuda dalam keluarga kami...mereka adalah cicit kepada ibuku...jika aku letakkan ibuku pada generasi pertama, mereka ini adalah generasi keempat...dari kiri amin solihin, aishah solehah dan abdullah fahim...

....ahmad nabil yang terulung dari yang ulung...anak sulung daripada maminya yang sulung dan daripada maktoknya juga yang sulung....

Thursday, May 5, 2011

Restoran Sri Pumpong

Salam....
Minggu lepas aku berkesempatan balik ke kampong bersempena cuti hujung minggu bersambung dengan cuti hari pekerja...Seronok bukan main lagi aku bersama kak om, farizah, sis dan syabil menyelusuri lebuhraya utara-selatan sambil bersembang dan berborak...

Pengguna lebuhraya ramai sekali apalagi bila cuti hujung minggu yang panjang. Hasrat nak bersarapan pagi di r&r tapah tak kesampaian kerana orang terlalu ramai...Perut agak lapar juga maklumlah masa kat rumah tadi cuma sempat meneguk semug air nescafe mild 3 in 1 aje...Melihat suasana medan selera yang dipenuhi manusia pelbagai bangsa kami sepakat nak beli "tapau". Mee, nasi lemak semua dah habis, beli bun dan pau je...Makan dalam keta...

Setiba di kawasan alor pongsu-sg bakap, jalan sesak...Lama juga kami tersangkut dalam kesesakan...Rupanya kat depan ada kemalangan lori terbalik ke dalam longkang...Masa tu panik juga sebab petrol dah tinggal suku tangki je...Aku berkira2 kat mana r&r terdekat nak isi petrol...Dari papan tanda r&r yang ada petrol cuma kat gurun iaitu dalam 60 km lagi..Lega kami sempat sampai...

Sampai di alor setar kami tak terus balik ke rumah sebaliknya kami menuju ke restoran sri pumpong iaitu tempat favourite kami menjamu selera bila balik kampong...rindu sangat nak makan kari ikan keli...sedap oooo...tapi masa kami sampai kari ikan keli dah habis...terpaksa tukar menu...

...inilah menu kami hari tu...kari kepala ikan, ikan keli goreng, ikan temenung sumbat kelapa, kari daging, ulam2 kampung, air asam dan sambal belacan berserta fresh orange...sungguh enak....makan habis licin...

Lepas menjamu selera aku menelefon ibu bagitau kami dah sampai alor setar sambil bertanya kalau dia belum makan...dia kata tak payah beli apa2 sebab dia dah makan...Kami pun terus pulang untuk melepas kerinduan pada ibu tersayang....