Tuesday, December 8, 2015

Gambar2 Majlis Persandingan Ku Diana&Zaiful dan Ku Syafiq&Azreen

Tanggal 28 November 2015 telah berlangsung majlis resepsi dan persandingan anakanda Ku Diana&Zaiful dan Ku Syafiq&Azreen. Majlis diadakan di Bandar Baru Uda JB. Tahniah buat abang Ku Ezham dan kak Salmah kerana menerima dua menantu serentak. Tahniah juga buat kedua2 pasangan pengantin dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu.
Pengantin sampai
Kena bayar tol dulu
 Pasangan pertama ku diana dan mohd zaiful yang berasal dari Melaka

Pasangan kedua ku syafiq dan azreen berasal dari bentong, pahang




 Petunjukan silat oleh cik has
 Gaya tersendiri...ewahhh...ewahhh

 Ku Diana dan Zaiful

 Di meja santapan

Ku Syafiq dan pasangannya azreen...berseri2 sungguh
Ketika doa dibacakan...ya allah berkatilah pengantin ini...aaminn

Bonda yang masih belum sihat sepenuhnya menguatkan dirinya untuk datang ke majlis meraikan perkahwinan cucu2 kesayangan
Tercapai hasrat hati bonda untuk bersama2 di majlis yang bersejarah ini
 Ayah dan mama pengantin sibuk melayani tetamu yang hadir
Berkesempatan berjumpa dan merakam memori bersama paksu dan maksu dari kelang

 Ku azril dan Faiq
Aksi nakal Imran, Faiq
Bonda ceria di samping kedua2 pasangan pengantin
Wajah ceria nenda di samping cucunda

Keluarga dari kedah



Ceria dan berseri2 dua pasangan pengantin di samping nenda tersayang

Kek pengantin
Upacara memotong kek
Keluarga bahagia abg am dan kak salmah
Keluarga Zaiful dari Melaka
Keluarga dari Kedah
Keluarga dari Kedah




Sunday, March 8, 2015

Cara Baiki Mesin Basuh LG

Sejak 3 minggu lalu mesin basuhku (LG Model WF-F711PC  - fully auto) dah mula buat perangai. Awalnya dia masih boleh "wash" dan "rinse". Sesekali "spin" boleh berfungsi sesekali tak boleh. Usia mesin dah masuk 12 tahun dah.


Bila ON dia akan scan muatan basuhan samada small, medium, large atau extra large. Biasanya basuhanku tak pernah melebihi takat large. Tapi bila dia dah start buat perangai, setiap kali dia akan terus scan tahap basuhan pada extra large walaupun hanya beberapa helai kain yang dimasukkan.

Sejak seminggu lalu mesin sudah tidak berfungsi lagi. Aku dah google dan cuba mencari sebab2 yang mungkin menyebabkan mesin gagal berfungsi. Aku cuba DIY dengan membuka bahagian belakang mesin. Namun aku langsung tak ada idea apa yang tak kena. Aku cuba goyang kabel2, mana tau kalau ada yang longgar.

Aku cuba mengeluarkan satu komponen yang aku rasa ianya adalah kapasitor. Aku tahu pasal benda ni pun dari internet. Sikit sebanyak tahu jugaklah komponen2 yang terdapat dalam mesin basuh.


Aku dapat mengagak yang kapasitor yang menyebabkan mesin gagal berfungsi bila aku dapati kapasitor yang bentuknya macam bateri bersaiz 3" x 1.5" diameter kelihatan sedikit berair. Dah memang kena panggil tukang repair lah jawapnya.


Tukang repair bernama reduwan aku perolehi dari facebook melalui fan page Membaiki Mesin Basuh. Cepat saja dia respon setelah aku menghantar pesanan whatsapp. Dia buat servis terus kat rumah. Kerja ni dia buat part time je...

Memang betul tekaanku kapasitor gagal berfungsi bila reduwan cek menggunakan alat pengesannya. Nasib baik reduwan sedia membawa stocknya sekali. Terus saja ditukarnya.

Inilah rupanya kapasitor yang rosak dan dikeluarkan. Kapasitinya adalah 8.5uF. Benda ni lah yang menentukan kelajuan putaran mesin. Kapasitor baru yang diganti seharusnya sama atau lebih tinggi kapasitinya dari yang asal.

Rasanya tak sampai sejam kerja2 pembaikan yang dilakukan oleh reduwan siap. Dia caj aku RM110 termasuk upah dan alat ganti. Aku langsung tak mintak diskaun kerana aku rasa berbaloi kot harga tu...entah lah....Lagi pun melihat orangnya masih muda serta kegigihanya mencari rezeki untuk anak dan isterinya. Tambah lagi dia datang buat terus kat rumah kita.