Saturday, January 28, 2012

South Sea Seafood Restaurant

Meraikan hari jadi zul di south sea seafood restaurant, kg melayu sg buloh subang pada 27 january 12. Menu yang dihidangkan di sini memang menyelerakan dan amat memuaskan. Hidangannya sungguh segar dengan persekitaran yang santai, dikelilingi oleh akuirium ikan dan pelbagai hidupan laut yang bakal dijadikan menu hidangan pengunjung ke sini.
menikmati hidangan yang sungguh enak....lebih2 lagi masa perut tengah lapar...
syabil suka cheese and butter crab...
mak mentua lalu kat belakang pun tak sedar dah...
squid in soy sauce and dried chilli
butter prawn
baby kailan
with rice...
steamed garoupa
cheese and butter crab...yummy
steamed bun...sweet and soft
lobster RM458/kg
abalone RM328/kg
syabil dengan ikan apa tah!!
spider crab RM280/kg

Tuesday, January 3, 2012

Kejutan Akhir Tahun

Pada hari terakhir tahun 2011 kami dikejutkan dengan satu kejadian rompakan yang berlaku di rumah kami di wangsa melawati. Ini adalah kali ketiga rumah dimasuki pencuri. Rompakan tersebut tidak dapat dipastikan bila berlaku kerana masing2 tiada di rumah. Aku berada di sri damansara, kak om berada di bangi manakala azril terbang ke kota kinabalu kerana menghadiri majlis pernikahan kawannya. Kali terakhir azril keluar rumah adalah pada 7 pagi 29 Dis. Kejadian hanya disedari bila kak om bersama kassim dan keluarganya sampai di wangsa melawati pada 4 ptg 31 Dis. Selepas ketibaan azril dari kk dan masing2 mengenal pasti barang2 yang hilang pada malam itu kami membuat laporan di balai polis wangsa maju. Kami menyambut ambang tahun baru dengan rasa sedikit kesedihan dan kebimbangan. Namun kami amat bersyukur kerana tiada kejadian buruk berlaku dan tidak banyak sangat kerugian yang kami alami....
keadaan tingkap yang dipecah masuk...
keadaan bantal dan toto yang digunakan untuk saudara2 yang datang bercuti beberapa hari sebelumnya yang belum sempat disimpan telah dipijak dan dikecahkan oleh pencuri....
keadaan di bilik kak om....barang2 yang diambil adalah jam tangan berserta barang2 hiasan...
almari di bilik azril di mana laptop disimpan dan telah dicuri...lihat beg kertas di bahagian atas di mana azril menyimpan wang tunai 5k tapi amat bernasib baik kerana tidak sempat dilarikan pencuri...alhamdulillah bersyukur sangat2 kerana wang yang ingin digunakannya sebagai deposit beli rumah selamat...
bilik aku....aku bernasib baik sangat kerana beg kosmetik biru yang aku guna untuk menyimpan pasport, buku tabung haji, buku2 bank tidak dilarikan....laptop kepunyaan kak om yang sering aku gunakan bila balik ke sini telah diambil di bilik aku...
tingkap aluminium frame yang diumpil dari luar...
ampaian kain yang ditolak ke hadapan pintu dan tingkap untuk menutupi kerja2 jenayah mereka...
tingkap yang memberi laluan kepada penjenayah masuk telah digantikan dengan dinding bata...

Tahun 2011 melabuhkan tirai dengan satu kenangan pahit namun kami masih menyimpan seribu kenangan manis dan bermakna di wangsa melawati.....Selamat tinggal 2011...Alhamdullilah....