Wednesday, March 30, 2011

Lena tidurnya
















comel....melihatnya tidur sungguh mententeram
dan mendamaikan jiwa...


.

Monday, March 28, 2011

Tahniah

Sekalung tahniah buat....

Ku Yusrina (8A)














Ku Ahmad Akmal (5A)














di atas kejayaan memperolehi keputusan yang baik pada SPM lepas.
Semoga kejayaan serta keberkatan sentiasa berterusan dikurnia Allah buat anda berdua serta seluruh keluarga kita....

Rindu pada bonda

Hari ini aku begitu rindu pada bonda. Rasa aku ingin segera pulang ke kampung memeluk dan mencium tangan bonda. Rasa bersalah kerana sudah lama tidak menjenguk bonda. Kali terakhir aku pulang ke kampung pada cuti awal muharam hujung tahun lalu. Kekangan kerja membuatkan aku susah mengambil cuti. Kerja di syarikat swasta pulak tak ada peruntukan cuti tahunan yang banyak.

Keadaan kesihatan bonda yang tidak menentu pula membuatkan bonda jarang lagi bertandang ke kl. Dulu bonda kerap juga datang mengikut anak2...Kali terakhir bonda datang jalan2 ke kl pada bulan julai tahun lalu ketika mengikut abg man dan family menghantar khairi ke upm. Masa tu sungguh meriah dengan kak midah dan family pun datang menghantar zaidi ke usim. Keceriaan terpancar di wajah bonda kala itu...

Pagi tadi aku sempat menelefon bonda. Suara bonda agak lemah mengatakan dia kurang sihat dengan tubuh menggeletar. Keadaan begitu agak sering dialami bonda sejak akhir2 ini. Dia mengatakan sudah ke klinik semalam bersama kak midah. Tapi keadaannya masih lagi tidak begitu baik. Pagi tadi bonda keseorangan...Adik yang tinggal menemani bonda keluar berkerja. Itu adalah kebiasaan setiap hari...Kalaulah aku dapat bersama bonda di saat dia keseorangan begitu...Doaku bonda baik2 dan sihat seperti dulu.

Bonda...aku rindu dan sayang bonda...

dari anakmu yang dikasihi...

Sunday, March 13, 2011

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم                                
                    
  

Sekadar renungan


.....Bila Allah cepat mengabulkan Doamu,
maka DIA menyayangimu
Bila DIA lambat makbulkan Doamu,
maka DIA ingin mengujimu
Bila DIA tidak makbulkan Doamu,
maka DIA merancang sesuatu
yang lebih baik untukmu.....