Sunday, June 9, 2013

Gambar2 percutian di Shanghai 2013 - Day 1

Flight Airasia bertolak dari LCCT Airport pukul 6:35pm dan tiba di Pudong Shanghai International Airport pada 11:45pm. Lepas melalui pemeriksaan kastam kami menaiki mini van taxi ke hotel dengan bayaran tambang sebanyak Y650 dikenakan. Caj lebih sebab dah lepas midnight. Sampai di hotel lebihkurang sejam kemudian. Lepas solat jamak maghrib dan isya' terus tidur. Ketika ini musim bunga di shanghai dah hampir ke penghujungnya dan bakal memasuki musim panas. Masuk waktu subuh pukul 3:18 pagi dan terbit matahari  4:53 pagi. Solat subuh kami pagi tu agak terbabas hihi... 

 pagi hari pertama di hadapan pacific hotel, west nanjing road...3-star hotel room rate about RM250/nite
membeli pakej "big bus city sightseeing" dengan bayaran RM150/pax...3 destinasi pelancungan terdapat dalam pakej ini dengan menaiki bas 2 tingkat menuju ke destinasi pertama iaitu jade buddha temple...destinasi kedua ke huangpu river cruise dan destinasi ketiga manaiki jin mao tower
ketika manaiki big bus sambil menikmati kepesatan pembangunan di kota shanghai, bandaraya yang cantik, bersih dan mengagumkan...
di hadapan metro line exit, people square station...kira2 200m dari hotel pacific....
berjalan2 di east nanjing pedestrian street sambil mencari restoran makanan halal...masa ni dah penat jalan...di sini kami terserempak dengan sekumpulan rakyat malaysia yang juga tercari2 tempat makan...
lepas lebih 2 jam berjalan cari tempat makan halal, finally...alhamdulillah jumpa jugak...rupanya dekat je dengan hotel kami duduk...masya allah sedapnya tak terkata...habis licin kami sapu...hihi...kami membayar Y231 untuk nasi, 3 jenis lauk dan 1 dessert...
yershari xinjiang food restaurant at level 7 brilliance shimao international plaza, 819, nanjing east road shanghai...halal dan terbaekkk..
happy..at the bund shanghai...ketika menunggu masa untuk menaiki huangpu river cruise
di atas river cruise sambil menikmati keindahan malam di kotaraya shanghai..


2 comments:

  1. wah, bestnyerrrr, insyaAllah bulan 8 ni pergi dengan kawan-kawan kerja, reward kami dapat sales tinggi berbulan-bulan, company belanja, hehe, tak sabar!! :)

    ReplyDelete
  2. Wahh...wan, best nyer. Bagus la dpt reward mcm ni. Boleh naikkan semangat utk kerja lebih kuat...hihi.. Tapi pergi bulan 8, shanghai summer. Panas kot mcm tmpt kita. Apapun enjoy your holiday and have fun. Take care ya

    ReplyDelete