Sunday, April 1, 2012

Suatu petang di Jalan Ipoh

Cuti hujung minggu hari sabtu lalu wan kontraktor mengajak kak om dan aku ke sebuah kedai di jalan ipoh untuk memilih tiles untuk kemasan lantai dan dinding. Kami tiba di kedai super ceramic yang berhadapan dengan balai polis sentul pada pukul 5 petang. Terdapat banyak kedai tiles di deretan kedai tersebut.

Suasana di dalam kedai pada ketika itu agak ramai dipenuhi pelanggan memilih jubin yang beraneka rekabentuk. Sungguh tidak disangka begitu ramai orang sibuk memilih dan membeli jubin bagai membeli ikan di pasar. Seorang jurujual wanita melayu melayani kami untuk memilih dan dia juga memberi tips dan pendapat dalam membuat pilihan. Jurujual tersebut ternyata sudah mengenali wan yang sudah biasa membeli tiles di situ. Dia kelihatan sungguh berpengalaman dan cekap dengan tugasnya. Pilihan jubin yang pelbagai jenis dan corak membuatkan kami susah memilih.

Dalam sibuk2 memilih kami terpaku melihat kelibat dua orang selebriti tanahair yang cukup popular. Aduh...cantiknya lisa surihani dan kacaknya yusry. Aura dan seri pengantin baru pada wajah mereka jelas terpancar. Mereka kelihatan sungguh bahagia. Aku jadi terpesona melihat mereka berdua dan hilang fokus untuk memilih jubin. Begitu juga kak om, wan dan jurujual wanita tersebut juga tidak mahu melepaskan peluang melihat mereka dari dekat. Aku pula sibuk mengambil gambar curi mereka. Nak minta mereka bergambar malu pula rasanya...Mereka dilihat memilih2 tiles, mungkin untuk rumah baru mereka. Belum sempat aku mendapat shot yang menarik untuk mengambil gambar mereka, mereka sudah melangkah ke tingkat atas. Seketika mereka turun kembali dan terus keluar.

Pasangan pengantin baru lisa surihani dan yusry di dalam kedai super ceramic. Gambar diambil secara sembunyi.

Setelah selesai urusan memilih kami pun beredar keluar. Barang akan dihantar mengikut masa yang ditetapkan oleh wan. Ketika berjalan menuju ke kereta yang dipakir di tepi jalan sekali lagi kami melihat pasangan ini masih mundar mandir mencari tiles di kedai berhampiran. Kesempatan ini tidak akan kami lepaskan untuk meminta untuk bergambar dengan mereka.

lisa dan yusry ketika kami meminta untuk mengambil gambar mereka....kebahagian terpancar di wajah mereka.....
gembira dapat bergambar dengan lisa dan yusry....

Setelah bersalaman dan mengucap terimakasih kepada mereka, kami beredar pulang dengan satu kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Kepada lisa dan yusry harap belum terlambat aku mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment