Thursday, May 5, 2011

Restoran Sri Pumpong

Salam....
Minggu lepas aku berkesempatan balik ke kampong bersempena cuti hujung minggu bersambung dengan cuti hari pekerja...Seronok bukan main lagi aku bersama kak om, farizah, sis dan syabil menyelusuri lebuhraya utara-selatan sambil bersembang dan berborak...

Pengguna lebuhraya ramai sekali apalagi bila cuti hujung minggu yang panjang. Hasrat nak bersarapan pagi di r&r tapah tak kesampaian kerana orang terlalu ramai...Perut agak lapar juga maklumlah masa kat rumah tadi cuma sempat meneguk semug air nescafe mild 3 in 1 aje...Melihat suasana medan selera yang dipenuhi manusia pelbagai bangsa kami sepakat nak beli "tapau". Mee, nasi lemak semua dah habis, beli bun dan pau je...Makan dalam keta...

Setiba di kawasan alor pongsu-sg bakap, jalan sesak...Lama juga kami tersangkut dalam kesesakan...Rupanya kat depan ada kemalangan lori terbalik ke dalam longkang...Masa tu panik juga sebab petrol dah tinggal suku tangki je...Aku berkira2 kat mana r&r terdekat nak isi petrol...Dari papan tanda r&r yang ada petrol cuma kat gurun iaitu dalam 60 km lagi..Lega kami sempat sampai...

Sampai di alor setar kami tak terus balik ke rumah sebaliknya kami menuju ke restoran sri pumpong iaitu tempat favourite kami menjamu selera bila balik kampong...rindu sangat nak makan kari ikan keli...sedap oooo...tapi masa kami sampai kari ikan keli dah habis...terpaksa tukar menu...

...inilah menu kami hari tu...kari kepala ikan, ikan keli goreng, ikan temenung sumbat kelapa, kari daging, ulam2 kampung, air asam dan sambal belacan berserta fresh orange...sungguh enak....makan habis licin...

Lepas menjamu selera aku menelefon ibu bagitau kami dah sampai alor setar sambil bertanya kalau dia belum makan...dia kata tak payah beli apa2 sebab dia dah makan...Kami pun terus pulang untuk melepas kerinduan pada ibu tersayang....

No comments:

Post a Comment