Wednesday, February 16, 2011

Di Pusara Ayahanda

"....di pusara ayahanda pada aidil fitri 2010...ayandanda dah meninggalkan kami sejak 8.11.1990 lagi...dah lebih 20 thn dah...masa tu adik yg bongsu (duduk di tengah) baru berusia 13 thn...ayahanda pergi terlalu cepat tanpa dapat merasai sepenuhnya hasil titik peluhnya membesar dan menyekolahkan kami adik-beradik seramai 11 orang...ayahanda seorang yang cukup tegas dalam mendidik kami...kami cukup takut dengannya....dia tak perlu memukul atau marah2 kami, cukup dgn berdehem saja kami dah tak berani...

"...selama hayat ayahanda, dia melakukan banyak kerja seperti bersawah padi, bertukang rumah dll...ayahanda seorang yang berpelajaran dan amat mementingkan pelajaran anak2nya...sebelum malaya ditawan oleh pihak jepun, ayahanda adalah calon seorang gurubesar tapi hasrat dan cita2nya tak kesampaian...ayahanda juga seorang yang pandai mengubati orang secara tradisional (kira bomoh la tu)...banyak kes yang dapat diselesaikannya...alhamdulillah... 

"....ayahanda seorang insan yang tak pandai nak tunjuk kasih sayangnya pada anak2...tapi dia cukup mengambil berat tentang kami...masa kami tidur dia memeriksa semua buku2 kami....

"....ayahanda dah tiada....cucu2 dan cicit ayahanda belum sempat mengenali ayahanda...anakanda pasti sekiranya ayahanda masih ada, ayahanda pasti akan menyayangi mereka...mereka adalah waris dari keturunan ayahanda yang baik dan mulia....

"....ayahanda yang dikasihi...sekiranya ayahanda masih ada di zaman ini pastinya ayahanda bahagia bersama bonda...kerana kepayahan hidup ketika dulu sudah terbalas dengan rezeki yang tuhan berikan....

"....kini ayahanda telah tiada untuk melihat kejayaan kami anak2nya, menantu2nya, cucu2nya serta cicit2nya...semoga ayahdanda bahagia dan tenang di sana...yassin dan alfatihah untuk ayahanda dari anak2mu yang dikasihi.....amin...

No comments:

Post a Comment