Tuesday, October 28, 2014

Percutian ke Korea - Part 1

Untuk tahun 2014 pihak syarikat tempat aku berkerja telah bersetuju untuk membawa kami bercuti di korea selatan. Hasil kegigihan serta kerja kuat kami semua, pihak pengurusan tidak pernah lupa memberi penghargaan dalam bentuk imbuhan seperti ini.

Sebagaimana yang kita ketahui, tahun 2014 adalah tahun yang agak malang bagi Malaysia. Pada bulan Mac lalu seluruh dunia amnya serta negara kita khususnya digemparkan dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga kini belum diketahui nasibnya.

Selepas itu pada bulan Julai sekali lagi pesawat kita ditimpa malang. Kali ini pesawat MAS MH17 diberitakan ditembak jatuh di timur ukraine ketika dalam perjalanan balik ke Malaysia. Simpati kepada semua keluarga penumpang yang menanti kepulangan ahli keluarga mereka lebih2 lagi kepada yang berugama Islam yang akan menyambut aidil fitri.

Walaupun begitu percutian kami harus diteruskan juga dan ramai bersetuju untuk pergi pada masa cuti sekolah bulan September. Percutian 8D6N dengan biaya lebih kurang RM4000/pax.

Mulanya ramai yang agak cuak untuk turut serta dan ada yang tarik diri kerana takut pesawat yang akan kami naiki akan ditimpa musibah juga. Tapi yang lain2nya walaupun bukan beragama Islam percaya kepada takdir kalau sesuatu bakal berlaku. Redha je lah...

Day 1

Pukul 9 malam masing2 sudah berkumpul di kaunter check in di terminal KLIA. Masing2 kelihatan gembira dan teruja. Segala urusan check in dilakukan pihak ejen pelancungan kami iaitu Best Holidays. Pukul 11:30 malam pesawat MAS MH66 yang kami naiki berlepas. Sebelum pesawat berlepas tertera bacaan doa di skrin i-pad di semua tempat duduk penumpang. Ms tan kawanku turut sama membaca terjemhahan doa tersebut walaupun itu doa untuk yang beragama Islam. Aku tahu dia takut dan phobia dan dia cuba untuk menenangkan hatinya. Aku berserah kepada Allah SWT dan berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Penerbangan akan mengambil masa lebihkurang 6 jam untuk sampai ke destinasi sejauh lebihkurang 4500 km. Suasana di dalam pesawat tenang. Skrin i-pad di depan tempat duduk membolehkan kita menikmati beberapa pilihan filem2 menarik. Selain itu kita boleh melihat kedudukan pesawat melalui radar. Kita boleh tahu sudah berapa km perjalanan dan berapa lagi km yang bakal ditempuhi. Juga berapa kelajuan, ketinggian pesawat serta suhu di luar pesawat pun kita boleh tahu. Jangkaan masa tiba pun kita boleh lihat.

45 minit kemudian kami dihidangkan makanan ringan. Aku memilih sandwich tuna dan jus oren. Selepas makan aku terlelap...Sesekali terjaga almaklumlah tidur dalam keadaan duduk begitu...Selepas 5 jam kami dikejutkan dengan hidangan makan lagi. Macam makan sahur la pulak...Kali ini agak berat dan aku memilih hidangan nasi lemak. Aku terus makan...boleh tahan sedap juga nasi lemaknya. Tak lah teruk sangat seperti yang digambarkan sesetengah orang yang kurang berpuas hati dengan mengatakan "nasi lemak telanjang".

Lebih kurang pukul 7 pagi waktu korea, kami selamat mendarat di Incheon International Airport Seoul, South Korea. Alhamdulillah...

Di perkarangan airport telah sedia menunggu tour guide dan bas yang bakal membawa kami selama 8 hari di korea. Tour guide ni orang korea dan fasih berbahasa mandarin.

1. Cheonggyecheon Stream

Selepas selesai urusan check out di Incheon Airport, dengan tak gosok gigi, tak mandi, kami terus dibawa melawat ke Sungai Cheonggyecheon.


Sungai yang panjangnya lebih kurang 10km ini asalnya merupakan satu sungai yang amat tercemar. Atas inisiatif pihak kerajaan korea selatan, mereka menjayakan projek membaikpulih sungai ini hingga ia menjadi tarikan pelancung yang terkenal.
sungai cheonggyecheon yang bersih dan menjadi kebanggaan kerajaan dan rakyat korea selatan
pasar tani yang terdapat kat sungai cheonggyecheon
 berbagai2 pilihan lukisan yang dijual di tepi sungai cheonggyecheon
pasar tani yang bersih beroperasi pada setiap pagi ahad

2. Gyeongbokgung Palace


Berdiri bagai patung tapi ini bukan patung tau...
 Hulubalang menjaga istana


Kawasan istana ni luas yakmat....cuaca pun agak panas...kami dah bosan...tolong la cepat2 abis...
Tengok dari luar je....tak boleh masuk
Lanskap dalam kawasan istana

Di kilang kimchi...pengalaman menarik membuat kimchi sendiri
Khusyuk mendengar penjelasan cara2 membuat kimchi
 Kobis yang dah siap diperam untuk kami lumur dengan sos dari bahan2 seperti cili korea (tak pedas), lobak putih, halia, sos ikan, garam dll (dah tak ingat....)
 Kimchi yang kami buat ni pun akan dijual jugak tau....
3 rasa kimchi untuk kami rasa...antara yang dijual di kilang ni...mahal giler
Pengalaman mengenakan "hanbok" iaitu pakaian tradisional korea...

Kemudian kami dibawa menaiki penerbangan JINAIR iaitu domestic flight untuk ke Jeju Island. Bertolak pukul 4 ptg dari Gimpo Airport dan tiba di Jeju Airport lebih kurang setengah jam kemudian. Kami terus di bawa untuk makan malam di sebuah restoran.
Nindiaa....seafood steamboat. Beginilah caranya hidangan orang korea. Mereka menyediakan makanan mentah berserta dapur di atas meja. Tunggulah hingga masak dan terus makan bersama nasi. Rasanya tawar sikit...tak de la sedap sangat....
Lepas makan kami check in di Jeju Palace Hotel (3*)

Day 2

Jeju Island

 Mendaki Seongsang Ilchulbong...sebuah puncak kawah kesan tinggalan dari letusan gunung berapi kira2 5000 tahun lalu. Sungguh cantik pemandangan di sini. Udara segar dan nyaman...
 Half way to the top...letih tapi teruja untuk terus mendaki
 With my very best companion...char ai and lin...
Timber structure of stairway 
 Stairway
 Setelah penat mendaki akhirnya sampai juga ke puncak di ketinggian 180m.
 Platform yang terdapat di puncak. Kalau datang lebih awal mungkin dapat lihat matahari terbit
Pemandangan di puncak...terdapat lekukan kesan dari kawah gunung berapi..
Happy for being here...
Jumpa ramai pelancung dari negara China kat sini dan kat banyak tempat di seoul...ada sesetengah dari mereka cukup excited bila tengok kami yang bertudung...siap nak bergambar dengan kami...inilah agaknya fenomena shila amzah di China hingga tempias kena kat kami...popular jugak la kami kat sini...yang ni seorang dari mereka...hahaha...
Achieved Unesco triple crown award
Cantiknya...suka sangat...
Suasana yang tenang dan mendamaikan



Happy moment...kat belakang tu adalah sebuah gereja
Emmm....
Kami dibawa singgah sekejap di Seongeup Folk Village...Sebuah perkampungan tradisi masyarakat korea dahulu kala yang dijaga dan dipelihara oleh pihak berkuasa Jeju Island. Di sini kami diberi penerangan dan cerita menarik berkenaan sejarah penduduk di sini dahulu kala oleh tour guide perempuan tempatan. Dia bertutur bahasa mandarin. Bahasa mandarin banyak digunakan di kawasan2 pelancungan dan tempat2 mambeli belah terkenal di korea. Beberapa orang dari kami yang tidak tahu bahasa mandarin bernasib baik kerana tour leader yang bersama kami dari Malaysia menterjemahnya ke bahasa melayu.

Menurut sejarah, kaum wanita yang berkerja mencari rezeki keluarga. Sumber ekonomi mereka adalah hasil laut termasuk rumpai laut, ikan dan lain2. Kaum wanita dilayan umpama hamba. Mereka terpaksa ke laut, berjalan hingga berpuluh2 kilometer untuk mendapatkan sumber air. Lepas tu mengangkut air dengan menjunjung di atas kepala menggunakan tempayan. 


Dahulu kaum lelaki diberi makan yang enak2 termasuk daging kuda yang banyak terdapat di sini manakala kaum wanita hanya makan tulang sahaja. Pada mulanya tulang tersebut hanya di buat sup. Sup tulang kuda ini membuatkan kaum wanita menjadi lebih kuat dan bertenaga untuk melakukan kerja2 berat. Lama kelamaan setelah mereka mengetahui khasiat tulang kuda mereka memproses menjadi serbuk dan dijadikan pil.
Di sini banyak dijadikan lokasi pengembaraan drama korea antaranya drama Jewel In The Palace
 Seketika singgah di Osulloc Tea Museum...Just tea...a little bit boring
View of tea farm
 At teddy bear museum
At teddy bear museum
mengiringi 'teseum band'
"Mysterious road"...,Kenapa ia di panggil jalan misteri? Ini adalah kerana di satu bahagian jalan ini yang sedikit bercerun...agaknya lebih dari 5% kot. Yang peliknya apabila bas yang membawa kami bergerak sendiri dari bawah ke atas walaupun enjin dimatikan serta gear dineutralkan. Kemudian kami disuruh turun dari bas dan berjalan menuruni jalan ini. Memang terasa sedikit letih apabila menurun tapi laju saja bila menaik.
Kami juga melakukan beberapa ekperimen dengan meletak botol dan menuang air di atas jalan. Botol bergerak ke atas manakala air yang dituang juga mengalir ke atas....pelik kan...

5D Illusion Hall
 5D illusion experiences...tak de 5D sangat lah...setakat 3D je...