Sunday, February 23, 2014

Pusat rawatan bekam SM Amin TCM Centre

Bulan ini kita dikejutkan dengan berita penutupan pusat tahfiz amal (PTA) yan, kedah yang sudah bertahun2 lamanya beroperasi. Notis penutupan ini disusuli dengan berbagai pendedahan demi pendedahan mengenai pihak yang bertanggungjawap mengeksploitasi remaja bawah umur untuk kepentingan dan kerakusan empunya pusat ini.

Kesian remaja dan kanak2 yang menjadi mangsa mereka yang sepatutnya belajar dan menimba ilmu di pusat ini diarah mengutip derma dan membuat jualan amal bagi produk mereka.

Sila baca pendedahan dari blog Bersama Mazidul berikut:

http://www.mazidulakmal.com/2013/02/keadaan-sebenar-pusat-tahfiz-amal.html

http://www.mazidulakmal.com/2014/02/bila-kaca-disangka-permata-pusat-tahfiz.html

http://www.mazidulakmal.com/2014/02/bekas-ketua-ajaran-sesat-terkaya-di.html

Aku menjadi prihatin tentang berita ini kerana aku mungkin salah seorang mangsa penipuan mereka. Aku bukan menjadi mangsa pengutip derma dari kalangan kanak2 tersebut tetapi aku menjadi mangsa di sebalik pusat rawatan bekam yang dinaungi oleh SM Amin iaitu pengasas PTA sendiri.
Pusat rawatan bekam yang terletak di AEON Big (Carrefour) Wangsa Maju ini pernah aku kunjungi beberapa bulan lalu. Selepas pendedahan mengenai pemiliknya yang bermewah menggunakan hasil derma dan jualan amal yang menggunakan kudrat remaja dan kanak2 yang kebanyakannya anak2 yatim aku terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman aku.

Kebelakangan ini aku mengalami sakit di bahagian lengan hingga ke tulang belikat sebelah kanan. Kesakitan itu mungkin berpunca dari terlalu lama menggunakan 'mouse' komputer. Aku ingin mencuba rawatan bekam dan kebetulan seorang kawan di pejabat ku memberitahu tentang pusat rawatan ini. Katanya rawatan di sini bagus sebab abangnya pernah mencuba.

Sebelum itu aku tidak mengambil perhatian sangat akan harga yang akan dikenakan. Sebab aku lebih utamakan hasil rawatannya. Setibanya aku di sini aku dilayan oleh seorang wanita lingkungan umur awal 50an. Namanya biarlah rahsia...

Disebabkan aku tidak pernah melakukan rawatan bekam sebelum ini dia mencadangkan aku terus buat 'overhaul'. Maksudnya aku disuruh bekam seluruh bahagian belakang dan lengan. Untuk keselurahan bahagian kena 35 cup dan satu cup dia caj RM20. Aku cakap aku tidak membawa wang tunai yang cukup, dia kata boleh guna kad kredit. Aku okaykan aje. Ye lah...kita nak sihat kan....Dia pula asyik menyatakan berbekam itu adalah sunnah rasulullah. Wanita ini mungkin ikhlas dan cuma menjalankan tugas serta mencari rezeki sahaja. Dia mungkin juga tidak tahu bagaimana syarikatnya beroperasi dan tidak tahu aktiviti pemiliknya.

Lebih setengah jam rasanya lepas dibekam adalah bahagian yang mengeluarkan ketulan darah yang banyak manakala ada juga yang tidak keluar. Maknanya aku tak perlulah 'overhaul' cukup sekadar bekam di tempat yang kritikal sahaja.

Dah selesai tu dia bagi aku minum sebotol tonik Tonik yang saiznya linkungan 350ml harganya RM20. Gel untuk sapu RM20. Pati herba dan madu RM100. Dua botol kapsul untuk membuang angin RM100. Jumlah semuanya RM920. Mahalnya, tapi dia kata ini jualan amal dan hasil jualan ini akan disalurkan ke rumah2 kebajikan dan rumah2 anak yatim, aku redha. Ye lah kita pun nak menderma juga tapi kadang2 susah untuk menyampaikan sumbangan kita. Mungkin ini adalah caranya.

Lepas beberapa bulan, tanganku masih sakit walaupun aku makan ubat yang diberi. Setelah keluar pendedahan tentang pemiliknya, semalam aku pergi untuk meninjau tempat ini samada masih beroperasi atau tidak. Gambar di atas menunjukkan ia masih beroperasi.