Sunday, January 12, 2014

Percutian musim sejuk ke China - Persiapan

Ini adalah percutian yang dibiayai oleh pihak syarikat aku bekerja. Aku dan rakan2 sekerja amat teruja apabila pihak syarikat mengumumkan serta mempelawa kami untuk turut serta. Mulanya aku agak keberatan untuk turut serta memandangkan rakan2 melayu masing2 tidak dapat pergi. Namun akhirnya aku mengambil keputusan untuk ikut serta. Peluang datang di depan mata. Segalanya ditanggung cuma perlu bawa duit poket saja.

Percutian 8D7N Changsa/ Fenghuang Ancient Town/ Furong City/ Zhangjiajie + Yuanjiajie/ Changde/ Shaoshan dengan biaya RM3,150 seorang.

Sebulan sebelum berangkat aku mula buat persiapan. Mula2 pergi survey winter clothing kat winter time outlet di alpha angle, wangsa maju. aduhh...mahal jugak lah pakaian musim sejuk ni. Sebelum tu dapatkan tips dari internet untuk memilih baju yang sesuai. Ada rakanku yang beli winter coat secara online. Kira ok jugaklah kalau beli online. Banyak pilihan, murah dan cantik2. Bagi aku agak terlambatlah nak beli online. Aku bimbang tak sempat memandangkan proses penghantaran samada dari china atau korea mengambil masa hampir 3 minggu.

Kemudian aku ke uniqlo outlet di sogo shopping centre. Aku tak kisah sangat nak cari winter coat baru sebab aku bercadang nak membelinya bila sampai ke china nanti. Aku pasti aku boleh mendapatkan dengan harga yang lebih murah di sana. Untuk sementara pakai je coat yang lama dulu.

Di uniqlo aku mengambil masa lebih 3 jam memilih dan mencuba pakaian yang sesuai. Di sini atau juga di winter time aku tidak dapat mencari long john yang tebal yang mempunyai lapisan kain bulu sebelah dalamnya. Yang ada hanya heattech yang lebih nipis dan agak kurang sesuai untuk suhu musim sejuk di bawah 5 degree celcius.
Tapi aku beli jugaklah heattech ni, harganya RM59.90 untuk top saja. Heattech untuk bottom pula yang biasa dipanggil legging harganya juga RM59.90.

Selain dari tu aku beli fleece jacket RM79.90

fleece turtle neck tshirt RM39.90

Legging pants 2 helai = RM69.90 + RM79.90

Heattech socks 2 pasang = RM39.90

Hand glove

Aku tidak jadi membawa winter coat lama ku kerana boss memberi aku dan rakan2 pejabatku winter coat dari koleksi isterinya. Berebut2 kami memilih...Lain2 pakaian aku bawa saja beberapa helai koleksi tshirt sediada. Harap2 cukuplah untuk 8 hari percutian musim sejukku.

Untuk bekalan makanan aku membawa sambal ikan bilis yang aku masak sendiri dan juga yang dibeli di pasar tani berdekatan rumahku. Aku bungkus dalam plastik kecil sebanyak 8 bungkusan... kira untuk lapan hari lah...Sambal ikan bilis kering yang dibeli dari pasar tani rasanya lebih sedap dari yang aku masak sendiri....hihihi. Apa nak buat aku hanya tukang masak amatur saja.

Aku bawa maggi mee, biskut, nescafe 3in1, coklat, roti gardenia serta butter yang dalam paket kecil. Penuh jugalah beg bajuku dengan bungkusan2 makanan ni.

Tunggu...China...aku datang lagi....

No comments:

Post a Comment