Thursday, November 22, 2012

Thursday, November 8, 2012

Ayahanda dalam kenangan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Diam tak diam, 22 tahun sudah berlalu sejak arwah ayahanda pergi meninggalkan kita. Pada hari ini, hari khamis 8.11.1990 pada waktu lebih kurang pukul 11 pagi kami semua redha ayahanda dipanggil mengadap ilahi. Ayahanda berusia 62 tahun ketika itu disahkan mengalami kegagalan jantung selepas dimasukkan ke hospital (kedah medical centre). Sebelum tu ayahanda tak pernah pun mengalami tanda2 sakit jantung. Ayahanda dimasukkan ke wad cuma satu malam saja. Dia pergi dalam keadaan tenang tanpa menyusahkan sesiapa.



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Ya Allah, ampunilah dosanya
Kasihanilah dan sejahterakan dia Maafkanlah kesalahannya
Muliakanlah kedatangannya
Lapangkanlah kuburnya dengan rahmat Mu
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih

Sebagai anak2 yang soleh marilah kita sama2 menyedekahkan al fatihah buat almarhum ayahanda agar dia tenang di sana.

AL FATIHAH